Pernah mengalami keadaan, apabila ada prospek yang
mahu kita PM mereka kerana berminat untuk mengetahui tentang produk kita,
prospek akan diam seribu bahasa selepas di balas PM?
Perkara ini biasa berlaku disebabkan dua (2)
perkara:
1)
Prospek sekadar bertanya.
Pelanggan jenis ini suka bertanya tentang produk
kita dahulu.
Mereka mahu tahu, berapa harganya, apa yang bakal mereka dapat dan
bagaimana produk kita dapat menyelesaikan masalah mereka. Pelanggan jenis ini
boleh dikatakan hanya sekadar membuat survey, bukan hendak membeli.
2)
Prospek tidak cukup duit.
Pelanggan jenis ini sudah berminat dengan produk
kita. Tetapi, semasa proses pemasaran berlaku, pelanggan tidak cukup duit untuk
membeli. Jadi, mereka tidak dapat untuk membeli produk kita ketika itu.
==
Follow-up Pelanggan – Tingkatkan Jualan Sehingga 200% - 300%
==
Bagi peniaga baru, mereka susah untuk membuat
aktiviti meningkatkan jualan.
Terima kasih kepada Faris Azaki kerana membantu
kita untuk meningkatkan jualan dengan prospek yang tidak cukup duit ini. Tip
tingkatkan jualan ini boleh dipelajari di blog beliau, Farisazaki.com.
Salah satu teknik tingkatkan jualan adalah dengan
melakukan aktiviti follow-up.
==
Formula teknik follow-up berkesan? – Minta database pelanggan!
==
Apabila kita berdepan dengan prospek tidak cukup
duit, minta maklumat diri pelanggan untuk kita follow-up pada masa hadapan.
Maklumat yang diperlukan cukup sekadar nama, nombor telefon, emel (optional)
mahupun ID Facebook (optional).
Kenapa maklumat-maklumat ini penting?
Supaya mudah untuk kita follow-up ketika prospek
tidak cukup duit ini ketika mereka mendapat gaji.
==
Skrip Follow-up yang membantu meningkatkan jualan sehingga 300%
==
Skrip follow-up yang boleh kita gunakan adalah:
Prospek:
“Salam. Saya berminat dengan produk bro. Tapi
sekarang tak cukup duit. Boleh saya bayar semasa gaji nanti?”
Pemilik produk (kita):
“W’salam. Boleh tuan. :-) Saya simpan satu slot untuk tuan. Sebelum tu,
boleh saya dapatkan kebenaran tuan untuk follow-up tuan melalui SMS? Lebih
cepat sikit tuan membalas mesej saya nanti. :-) Boleh saya dapatkan nombor tuan? :-)”
Prospek:
“Ok, ini nombor saya.. 019-XXXXXXX.”
Pemilik produk (kita):
“Terima kasih tuan. Masa dapat gaji nanti, saya
akan SMS tuan kembali, ya. :-)”
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon