Skrip Closing yang bagus adalah mempunyai jalan untuk membeli produk selepas kita menunjukkan kelebihan produk yang boleh menyelesaikan masalah pelanggan.
Bahagian ini penting. Kerana, untuk membuat pembelian, pelanggan perlu membuat pembayaran.
Oleh itu, tunjukkan jalan kepada pelanggan bagaimana mereka mahu membeli produk kita.
Teknik #6 – Cara Membuat Pembelian
(Call-to-Action)
Akhirnya,
saat yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Iaitu, bagaimana membuatkan pelanggan
memberi duit kepada kita, seterusnya mendapat keuntungan daripada pembelian
mereka.
Teknik
terakhir ini perlu kita masukkan sekali supaya mudah untuk pelanggan membuat
pembayaran ke dalam akaun bank kita.
Bagi
istilah bisnes online, Call-to-Action adalah panggilan untuk:
“Saya
mahukan produk ini. Bagaimana saya mahu membelinya?”
Apabila
pelanggan sudah ada perasaan begitu, cepat-cepat kita selesaikan masalah mereka
dengan skrip ini..
==
2 Skrip – Buat Pelanggan Membeli Produk
Anda
==
1) Skrip pembayaran
produk fizikal:
Mahu
hilangkan 10kg dalam masa 30 hari?
Harga
sebenar produk ABC ini adalah RMXXX. Tetapi, tawaran hari ini untuk <nama
pelanggan>, saya hanya berikan sebanyak RMXX SAHAJA!
Jika
berminat, ikuti 3 langkah MUDAH berikut:
a) Masukkan RMXX ke dalam <Jenis Bank, Akaun Nombor, Pemilik
Akaun>.
b) Kemudian, isi maklumat pembelian ke <laman borang
tempahan>.
c) Produk ABC akan sampai dalam masa 3 hari bekerja.
2) Skrip pembayaran
produk digital:
Berminat?
Masukkan
kod kupon ini untuk mendapat harga early-bird yang lebih JIMAT daripada harga
asal.
Kod
Kupon = “ MurahRM10 ”
Download
<produk digital> SEKARANG di sini --> [Link Pembelian/Link ke Borang
Tempahan]
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon