Ini adalah siri yang terakhir bagi 7 Teknik Sales Closing.
Apa yang akan kita pelajari adalah bagaimana Post Script atau dikenali sebagai PS ini, mampu membawa masuk jualan dengan cepat.
Dengan arahan yang diberikan dalam Post Script ini, pelanggan akan cepat bertindak.
Jika lambat bertindak, pelanggan tidak mendapat tawaran istimewa dalam masa yang terdekat dengan kuantiti yang terhad.
Teknik #7 – Masukkan Post Script
Iaitu,
masukkan elemen segera untuk membuatkan pelanggan membuat tindakan pembelian
dengan cepat dan pantas.
Biasanya,
kita akan gunakan ruangan masa dan bilangan produk untuk membuatkan pelanggan
bertindak dengan cepat.
Psikologi
manusia, biasanya terusik apabila melihat satu-satu promosi itu berlaku dalam
tempoh masa yang sekejap atau bilangan produk yang terhad.
Jika
tidak mengambil peluang sekarang, pelanggan terpaksa membayar lebih pada harga
asal.
Bagi
menguatkan lagi skrip Closing Sales kita, masukkan elemen ‘Sense of Urgency’
ini:
==
Bagaimana Sense of Urgency ini membuatkan pelanggan bertindak dengan pantas?
==
Contoh
Post Script adalah:
1) PS: Tawaran ini hanya SAH sehingga <tarikh hari
bulan> SAHAJA!
2) PS: Tawaran ini dibuka selama 4 JAM SAHAJA bermula dari
pukul 11 pagi sehingga jam 3 petang!
3) PS: Kuota pembelian untuk produk XYZ ini hanya untuk 10
orang TERAWAL sahaja!
PSS: Dan, tawaran ini hanya SAH sehingga esok <tarikh
hari bulan> SAHAJA!!
4) PS: Produk ABC ini dibuka sebanyak 100 unit SAHAJA!
(sekarang tinggal 63 unit sahaja lagi)
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon