Banyak perkara dan
faktor yang boleh menyebabkan satu-satu kempen Pemasaran Facebook gagal.
Kesalahan ini kami
ambil daripada kajian kes student dan klien kami:
==
Pemasar mahupun
pemilik produk bukan tidak tahu menulis iklan, tapi..
==
1) Tidak menggunakan
Bahasa Melayu penuh
Kebanyakan student dan
klien kami boleh menulis iklan mahupun skrip Closing.
Tetapi, ada satu
kesalahan yang paling ketara kami boleh kaji adalah..
Penggunaan Bahasa
Melayu Penuh.
Ada yang menulis dalam
bahasa SMS.
Ada juga yang menulis
ikut sebutan bunyi.
Tidak salah untuk
menulis lain daripada yang lain.
Sebaliknya, gunakan
Bahasa Melayu penuh supaya pelanggan yakin dengan kita.
Pelanggan boleh rasa
kita betul-betul serius untuk menjual apabila menggunakan Bahasa Melayu penuh.
Bukan itu sahaja,
penulisan kita juga nampak profesional seperti seorang pakar.
Dalam masa itu,
kredibiliti kita akan naik di mata pelanggan.
2) Tunjuk harga dalam
post Facebook
Di dalam kelas Ammar
Zahar (pengasas Jootawan Group Sdn Bhd), beliau nasihatkan kepada studentnya
supaya tidak meletakkan harga di dalam posting menjual di Facebook.
Tujuannya adalah untuk
mengelakkan diri pelanggan daripada melarikan diri apabila sudah tahu harga
produk mahupun servis kita.
Jadi, cara terbaik
untuk meletakkan harga produk adalah semasa mengunci pelanggan di dalam
Facebook Chat ataupun Whatsapp.
Banyak kelebihan
apabila kita meminta pelanggan supaya PM atau Whatsapp kita untuk mengetahui
harga produk atau servis kita.
Antaranya adalah:
a) Dapat mengumpul
database pelanggan
Apabila kita meminta
pelanggan supaya PM atau Whatsapp kita, secara tidak langsung kita dapat
mengumpul database pelanggan.
Sebagai contoh, bagi
yang bertanyakan soalan di dalam Whatsapp, kita sudah mendapat nombor
telefonnya.
Tugas seterusnya
adalah bertanya nama pelanggan kita.
Manakala bagi mereka
yang bertanya di dalam Private Message, kita boleh minta maklumat diri
pelanggan dengan menggunakan skrip berikut:
"Salam Jutawan.
Terima kasih kami ucapkan kerana tuan/cikpuan berminat dengan produk [nama
produk] kami.
Supaya kami tidak
terlepas pandang kepada order tuan/cikpuan, boleh kami dapatkan maklumat diri
seperti nama, emel dan nombor telefon untuk kami simpan produk tuan/cikpuan?
:-)"
b) Boleh tapis
pelanggan yang berminat dengan produk kita
Orang yang bertanya
harga produk kepada kita adalah mereka yang benar-benar mahukan produk kita.
Hanya selangkah sahaja
lagi, mereka mahukan produk kita.
Jadi, tugas kita
adalah fokus kepada golonga ini. Supaya mereka membuat pembelian.
Jangan mengharapkan
kepada orang yang tidak PM atau Whatsapp kita.
Kerana, mungkin mereka
bukan pelanggan sebenar kita ataupun mereka belum mahu membeli produk kita buat
masa sekarang.
c) Boleh buat
follow-up pada masa hadapan apabila mempunyai database pelanggan
Kelebihan mempunyai
database pelanggan, kita boleh membuat follow-up atau mempromosikan produk baru
atau produk lain kepada pelanggan sedia ada.
Masa yang kita ada,
kita tidak perlu mencari pelanggan baru.
Sebaliknya, kita boleh
mempromosikan produk kepada pelanggan yang sedia ada.
Ramai pakar pemasar
Internet dan pemilik produk, mereka mempunyai database pelanggan mereka
sendiri.
3) Struktur penulisan
ayat iklan yang salah dan tidak berkesan (tidak menjual)
Tidak dinafikan,
struktur penulisan iklan juga memainkan peranan penting dalam kejayaan
satu-satu kempen Pemasaran Facebook.
Bagi memudahkan kita
menjual di Facebook, gunakan struktur ayat iklan yang menjual.
Struktur ayat iklan
yang berkesan adalah kita berjaya membawa pelanggan membaca dari satu perenggan
ke satu perenggan yang lain bermula dari Headline.
(Sekarang, di dalam
Kelas Belajar Bisnes Online bersama Waizuebook kami sedang belajar tentang
penulisan Headline Best-seller.)
Contoh struktur ayat
iklan yang berjaya menarik minat pelanggan untuk membaca sehingga habis adalah:
a) Headline
b) Ceritakan masalah
utama pelanggan
c) Tunjukkan cara
penyelesaian
d) Testimoni
e) Perkenalkan
produk/servis
f) Tunjukkan kelebihan
produk
g) Tawarkan produk
percuma atau bonus istimewa
h) Berikan diskaun
harga atau tambahan bonus/produk percuma ketika beritahu harga
i) Masukkan elemen
'Sense of Urgency' seperti harga diskaun terhad kepada 10 orang pembeli pertama
atau produk percuma untuk 5 orang yang membuat pembelian sebelum jam 6 petang.
j) Jaminan Pulangan
Wang
k) Post Script (PS)
==
**BONUS!
==
4) Hard-selling vs
Soft-selling
Jangan amalkan konsep
menjual Hard-selling.
Kerana, pelanggan
masuk ke dalam Facebook untuk bersosial.
Jadi, 'be friend with
them'.
Dengan cara, melakukan
Soft-selling untuk setiap posting yang kita lakukan di Facebook.
Antara kaedah
soft-selling yang boleh kita amalkan adalah:
i) Content Marketing
ii) Story-telling
iii) Berkongsi tip dan
artikel
iv) Berkongsi gambar
yang menarik (seperti gambar aktiviti, gambar kreativiti, gambar lucu ataupun
quote bergambar)
v) Upload video
bermanfaat (video tutorial)
vi) Inforgrafik
vii) Fakta dan News
viii) Link share Blog
Sekali-sekala, baru
menjual secara direct ataupun agresif (hard-selling)
5) Friend-list tak
cukup 1,000 atau 2,000 orang
Kejadian ini pernah
berlaku kepada seorang klien kami.
Di mana, dia bertanya
kepada saya, kenapa susah untuk membuat jualan di Facebook profile?
Saya bertanya beberapa
soalan kepadanya,
"Berapa ramai
friend cikpuan di Facebook profile?"
-Lebih kurang dalam
300+ orang sahaja.
"Siapa
kawan-kawan cikpuan tersebut?"
-Friend-list saya
terdiri daripada kawan-kawan lama dan di tempat kerja.
Apa yang boleh kita
simpulkan daripada cerita di atas adalah:
a) Pertama - Untuk
berniaga atau membuat di Internet (secara umumnya) dan Facebook (secara
khususnya),
Sekurang-kurangnya
kita perlu ada lebih kurang 1,000-2,000 orang prospek sebelum boleh menjual.
Kerana, potensi untuk
orang membeli semakin tinggi apabila kita mempunyai semakin banyak prospek
mahupun pelanggan.
Itu belum kira potensi
prospek yang berkualiti.
Nota Kaki : Prospek
berkualiti adalah prospek yang kita mahu bantu selesaikan masalah mereka dan
mampu untuk membeli produk atau servis kita.
b) Kedua - Jual kepada
prospek berkualiti sahaja.
Prospek yang
berkualiti adalah:
i) Orang yang bakal
membeli produk kita.
ii) Mempunyai masalah
yang serius dan kita boleh membantu menyelesaikan masalah mereka dengan
produk/servis kita.
iii) Kemampuan dari
segi kewangan untuk membeli produk kita.
iv) Orang yang berada
di dalam niche produk atau servis yang kita jual.
Untuk Pemasaran
Facebook, sebaiknya add orang-orang yang boleh kita bantu selesaikan masalah
mereka dan berpotensi untuk membeli produk atau servis kita pada satu hari
nanti.
Jika kita banyak
menambah rakan daripada kawan-kawan lama atau di tempat kerja, dikhuatiri
mereka tidak akan membeli.
6) Tidak menjual
produk HOT atau laku keras di Facebook
Di Facebook, ada
produk atau servis yang menjadi permintaan 'hangat' dan laku keras dalam
kalangan pelanggan.
Biasanya, produk ini
terdiri daripada:
a) Produk Bayi
b) Produk Wanita
c) Pakaian Kanak-kanak
d) Produk Fesyen
(Wanita) - seperti kasut, seluar, baju, jean, beg tangan
e) Alat Permainan
Kanak-kanak
f) Pewangi
g) Teddy Bear
Senarai produk ini
diambil daripada ebook '20 LIST PRODUK HOT DI FB YANG BAKAL MENGUNTUNGKAN
BISNES ANDA'.
Jika ada yang berminat
nak tahu senarai nama 20 produk yang HOT dan laku keras di Facebook,
Boleh dapatkan ebook
20 LIST PRODUK HOT DI FB YANG BAKAL MENGUNTUNGKAN BISNES ANDA secara percuma melalui link di bawah ini:
--
Semoga artikel ini
membantu tuan-tuan dan cikpuan beroleh keuntungan di dalam Bisnes Facebook.
Kami selalu mendoakan
tuan-tuan dan cikpuan selalu Bahagia, Kaya dan Berjaya. :-)
SHARE jika tidak mahu
rakan-rakan anda membuat kesalahan semasa membuat Pemasaran Facebook.
PS: MAHU tahu supplier produk HOT dan laku keras di Facebook? KLIK SINI --> http://tinyurl.com/produkhotdifacebook
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon