10 Peralatan yang sesuai digunakan untuk meningkatkan jualan di Instagram


Pada hari ni, ramai yang menggunakan Instagram untuk mempromosikan produk mereka.

Hal ini kerana, Instagram mudah digunakan.

Upload gambar, masukkan description.. Sudah siap.

Manusia pun suka melihat gambar-gambar yang menarik.

==
10 Tools yang boleh peniaga kecil gunakan untuk menaikkan jualan di Instagram
==


Kim Garst, pakar Pemasaran Media Sosial berkata..

"Peralatan yang betul dalam pemasaran boleh menjimatkan masa dan duit anda.

Malah, ia juga membantu anda menjaga pemasar yang lebih baik dan lain daripada yang lain."

Bukan itu sahaja, Kim Garst kongsikan 10 peralatan yang kita boleh gunakan untuk menaikkan jualan di Instagram:

==
1) Tool #1
==


Collec.to (atau dikenali sebagai Followgram)

Apps --> collec.to

Collec.to membantu peniaga kecil menjalankan contest yang lebih berkesan di Instagram.

Bagi versi berbayar, pengguna Collec.to boleh mendapat access untuk mengetahui hashtags yang popular.

==
2) Tool #2
==


Iconosquare (atau lebih dikenali sebagai Statigram).

Apps --> iconosquare.com

Iconosquare adalah peralatan pengurusan untuk Instagram.

Ia membantu peniaga kecil menguruskan:

a) analisis gambar yang disukai pelanggan kita.

b) melihat berapa ramai pelawat bertukar menjadi follower.

c) customize setiap gambar yang kita upload.

Bukan itu sahaja..

Iconosquare juga membantu peniaga kecil mempromosikan akaun Instagram mereka luar daripada Instagram;

Dengan syarat, kita baru menggunakan Instagram untuk bisnes kita, dan mempunyai pengikut atau tribe yang kuat di Facebook.

==
3) Tool #3
==

Websta (atau dikenali sebagai Webstagram)

Apps --> websta.me

Websta membantu kita membuka akaun Instagram melalui komputer mahupun laptop (pc).

Bukan itu sahaja, Websta juga membolehkan kita:

a) membuat komen atau menekan butang Like seperti di dalam handphone (membuat like post melalui telefon pintar).

b) membuat post melalui komputer (tidak perlu update melalui phone).

c) melihat statistik untuk akaun Instagram kita (seperti berapa ramai komen, like, post yang paling disukai followers).

==
4) Tool #4
==


Crowdfire (dikenali sebagai Justunfollow)


Crowdfire membantu peniaga baru melihat berapa ramai yang meng-unfollowed akaun Instagram kita.

Selain itu, Crowdfire memberi cara mudah kepada kita untuk mencari siapa followers yang tidak aktif dan siapa followers yang un-follow kita.

Cara terbaik, gunakan Crowdfire untuk mencari follower baru dan kaji bagaimana pemasaran media sosial ini dapat meningkatkan followers kita di Instagram.

==
5) Tool #5
==

TakeOff


TakeOff memberi kelebihan kepada kita untuk menyusun jadual post Instagram supaya keluar pada masa kemuncak ( ketika ramai orang online Instagram).

Bukan itu sahaja, TakeOff juga membantu kita menunjukkan waktu sebenar, di mana paling banyak followers melihat post Instagram kita.

Dan juga, mengesyorkan hashtags yang berpotensi untuk post kita dilihat oleh lebih ramai followers kita.

==
6) Tool #6
==


Snapseed

Apps --> Snapseed apps (iTunes Apple)

Secara kasarnya, Snapseed bukan sebahagian daripada peralatan untuk Instagram.

Tetapi, kita boleh gunakan ia sebagai apps untuk mengedit gambar.

Antara perkara yang kita boleh edit adalah:

a) crop gambar.

b) adjust warna dan tona.

c) menambah kesan-kesan atau grafik khas pada gambar yang ditangkap.

==
7) Tool #7
==

SnapWidget

Apps --> snapwidget.com

MAHU lebih ramai orang melihat gambar Instagram kita melalui Blog ataupun Website kita?

Embed-kan gambar Instagram kita dengan menggunakan SnapWidget.

Lebih ramai orang melihat gambar Instagram kita di blog ataupun website kita, semakin tinggi reach di akaun Instagram kita.

TONTON video di sini untuk meng-embed gambar Instagram ke dalam Blog atau Website kita:

https://m.youtube.com/watch?v=bV_1MDpR0xQ


==
8) Tool #8
==

Repost

Apps --> repostapp.com

Aplikasi Repost membantu kita membuat 'repost' gambar sebelum ini - termasuk memberi kredit semula kepada post yang asal.

Bukan itu sahaja, Repost juga membantu kita membuat repost gambar yang kita suka (like kepada gambar pengguna Instagram lain).

Sebagai contoh, kita suka dengan post gambar Nora Danish (contoh sahaja). 

Jadi, kita repost semula post yang kita suka dan aplikasi Repost akan memberi kredit semula kepada post asal.

Dari situ, kita boleh kaji post mana yang paling disukai pengguna Instagram berserta penggunanya.

==
9) Tool #9
==

Simply Measured Free Instagram User Report


Gunakan aplikasi ini untuk melihat keberkesanan bisnes kita melalui Instagram.

Mudah sahaja cara penggunaannya.

Masukkan nama akaun Instagram (User Name) kita untuk menyemak:

a) Mana satu post Instagram yang berkesan.

b) Post-post yang sesuai digunakan di dalam kempen pemasaran online yang lain (selain daripada Pemasaran Instagram).

c) Bagaimana post kita boleh menjadi trending (ramai guna hashtags yang kita selalu guna).

==
10) Tool #10
==

ScheduGram


Bagi yang biasa menggunakan Hootsuite.com, fungsinya lebih kurang sama dengan aplikasi ScheduGram ini.

Kita boleh memuat naik dan menjadualkan post Instagram melalui desktop sahaja (komputer atau laptop).

Bukan itu sahaja, kita boleh menguruskan akaun Instagram melalui aplikasi ScheduGram ini.

Antara post yang boleh dimuat naik melalui ScheduGram adalah:

i) gambar.

ii) video.

==
DVD Panduan Revolusi Manipulasi Instagram 
==

Apa yang kami kongsikan adalah sebahagian daripada cara untuk meningkatkan jualan di Instagram.

Tetapi, di dalam dvd ini, anda boleh belajar lebih lagi. Di antaranya:

1) Asas bisnes Instagram.

2) Bagaimana membina akaun bisnes di Instagram.

3) Strategi mendapatkan followers yang targeted --> follower yang mahu membeli produk anda.

4) 9 Teknik yang betul-betul membantu dan terbukti berkesan menaikkan followers-targeted.

5) Bagaimana mengurangkan following orang lain - Biar lebih ramai yang menjadi followers Instagram anda.

6) Formula memuat naik posting gambar dan penulisan ayat iklan yang menjual.

7) Rahsia Hashtags - Bagaimana memanipulasi ‪#‎tags‬ untuk mendominasi enjin carian di Instagram.

8) 1 Strategi Berkesan - Kumpul database untuk bertahan lebih lama dalam bisnes online.

9) Robot IG - Manipulasi Robot IG untuk mengautomasikan kempen pemasaran di Instagram!

10) Dan banyak lagi..!

Bagi peniaga online, khususnya pemilik produk fesyen, Instagram adalah tempat berkesan untuk mempromosikan produk fesyen.

Kerana, ramai wanita yang masuk ke dalam Instagram suka melihat produk fesyen seperti baju dan kasut serta gajet.

Jadi, jika anda mahu menaikkan jualan produk fesyen anda melalui Instagram,

Boleh dapatkan DVD Panduan Revolusi Manipulasi Instagram DI SINI:




--

Untuk setiap pembelian DVD Panduan Revolusi Manipulasi Instagram melalui link Affiliate kami,

==
PERCUMA – Kelas Belajar Bisnes Online bersama Waizuebook!
==

Anda berpeluang untuk mendapat akses PERCUMA ke dalam Kelas Belajar Bisnes Online bersama Waizuebook yang bernilai RM96 setahun ini!

PS: Tawaran akses percuma ini HANYA untuk 10 orang pembeli DVD Panduan Revolusi Manipulasi Instagram melalui link Affiliate kami sahaja!

PSS: Dan, tempoh pembelian DVD Panduan Revolusi Manipulasi Instagram akan TAMAT pada 29 Feb 2016 ini!!

Nota Kaki: Pastikan ‘clear’ dahulu Cookies di komputer atau laptop sebelum membeli di link Affiliate, supaya tidak berlaku salah faham pada masa hadapan. 
smile emoticon
Previous
Next Post »