Bagaimana mengawal bajet Facebook Ads supaya tidak melabur dengan banyak? (Bahagian 4)


Ada tiga perkara yang perlu kita ambil berat tentang pengiklanan Facebook Ads.

Iaitu:

1. Bajet pengiklanan yang kita telah tetapkan.

2. Jadual pengiklanan Facebook Ads kita.

3. Bidding iklan kita.

Bajet Kempen Pengiklanan Facebook Ads

Bajet Harian: Jumlah wang yang kita mampu untuk belanjakan setiap hari untuk satu-satu kempen pengiklanan.

Contohnya, RM10 sehari.

Bajet Keseluruhan: Jumlah wang yang kita mampu untuk belanjakan keseluruhan kempen pengiklanan tersebut. 

Contohnya, RM70 untuk tujuh hari pengiklanan di Facebook Ads

Di mana, RM10 setiap hari.

Kesimpulannya, tetapkan bajet keseluruhan kempen pengiklanan Facebook Ads kita dan bahagikan bajet mengikut hari.

Jadual Pengiklanan Facebook Ads

Dengan fungsi ini, kita boleh tetapkan bila iklan Facebook Ads kita akan berjalan.

Secara tidak langsung, kita boleh pastikan kos pengiklanan Facebook Ads kita berada di bawah kemampuan kerana kita telah setkan masa pengiklanan Facebook Ads kita.

2 Jenis Pengiklanan Facebook Ads Yang Boleh Menjimatkan Bajet Pemasaran Facebook Ads Kita

Kita boleh pilih untuk iklan secara CPC atau CPM.

Di mana, pengiklanan jenis ini bergantung kepada matlamat kita beriklan.

CPC (cost per click) – Kita pilih option ini jika kita mahu pelanggan atau prospek kita mengambil tindakan ke atas iklan kita.

Contoh, orang KLIK iklan kita.

CPM (cost per thousand impression) – Kita pilih option ini jika kita mahu popularkan perniagaan kita.

Contohnya, kita iklankan kepada lebih ramai orang.

Kita bayar berdasarkan kepada setiap 1,000 kali pengiklanan kita keluar kepada pelanggan.

Kedua–dua jenis pengiklanan ini mempunyai kelebihan masing–masing.

Namun, kita boleh memilih jenis pengiklanan berdasarkan matlamat kita beriklan.

Memilih Kos Pengiklanan Facebook Ads

Maksud kos pengiklanan adalalah harga yang kita perlu bayar bagi setiap klik yang kita terima (jika kita memilih CPC).

Atau, bagi setiap 1,000 paparan yang kita terima (jika kita memilih CPM).

Berdasarkan target audience yang kita pilih, pihak Facebook akan mencadangkan harga untuk kita bid.

Kita perlu memenangi bid ini untuk iklan kita dipilih dan dipaparkan di dalam Facebook.

Jika kita kalah di dalam bid ini, iklan kita tidak akan dipaparkan.

Cara MUDAH Memenangi Bid Di Facebook Ads

Untuk memenangi bid ini, kita boleh tekan option advanced dan melihat range harga yang mungkin kita boleh memenangi bid tersebut.

Atau, berpandukan kepada harga cadangan Facebook, kita letakkan harga bid yang lebih tinggi sedikit dari harga cadangan Facebook.

Setiap hari, kita boleh periksa dan ubah harga bid.

Jika harga yang dicadangkan adalah rendah, kita boleh merendahkan lagi harga bid tersebut.
Previous
Next Post »