Seorang usahawan, jurujual mahupun pemasar, perlu menguasai
kemahiran tindak balas emosi pelanggan terhadap ayat iklan yang kita tulis atau
kempen pemasaran yang sedang kita jalankan.
Tujuan adalah untuk:
1) Menarik
perhatian pelanggan terhadap iklan kita.
2) Supaya
pelanggan mengikut arahan yang kita nyatakan di dalam iklan.
3) Dan,
akhirnya membuatkan pelanggan membeli apa sahaja yang kita jual.
Kemahiran ini bukan untuk memanipulasikan pelanggan. Tetapi,
untuk menyampaikan mesej pemasaran kepada pelanggan.
Pelanggan faham dengan
nilai sebenar produk kita, mereka akan membeli tanpa dipaksa.
==
3 Elemen Ini – Buat pelanggan beremosi dan membeli tanpa
dipaksa!
==
Begitu juga ketika kita hendak mengunci pelanggan. Kita
perlu ada kemahiran untuk menangani pelbagai emosi untuk setiap pelanggan yang
berbeza.
Apabila kita mahir dengan tindak balas emosi pelanggan ini, mudah
untuk kita membuat jualan.
Di dalam blog Majalahniaga.com, Zahrul Azua ada berkongsi 5
elemen penting untuk menguasai emosi pelanggan supaya mereka suka membeli
produk kita tanpa dipaksa.
1) Elemen
#1
Emosi pelanggan bertindak balas secara berturutan dan
beraliran.
Maksudnya, pelanggan bertindak balas terhadap ayat iklan
atau mesej pemasaran mengikut turutan.
Bermula daripada tajuk, pelanggan akan
mula membaca perenggan kedua, ketiga dan seterusnya.
Apabila kita berjaya memasuki emosi ini secara berturutan,
pelanggan akan membaca ayat iklan kita sehingga habis. Lalu membuat pembayaran
untuk membeli produk kita.
Ibarat kita membawa sebuah kereta. Bermulanya dengan
memasukkan gear 1 untuk kereta bergerak, kita mula masuk ke gear dua, tiga dan
seterusnya sehingga ke gear 5.
Kita melakukannya secara berturutan. Tidak
melangkau walaupun satu gear. Semuanya mengikut turutan.
2) Elemen
#2
Emosi pelanggan bukan sahaja tersentuh dengan turutan atau
aliran ayat iklan yang baik. Ia juga perlu ditambah dengan kesamaan emosi
pelanggan dengan ayat iklan.
Apakah kesamaan yang dimaksudkan dengan ayat di atas?
Iaitu, gaya bahasa yang ditunjukkan kepada pelanggan.
Sebagai contoh, pembeli lelaki lebih mudah tertarik dengan perkataan ‘JIMAT’.
Manakala pembeli perempuan pula, lebih mudah tertarik dengan perkataan
‘DISKAUN’.
Contoh lain adalah darjat bahasa yang kita gunakan untuk
sampaikan mesej pemasaran. Iaitu, perkataan yang mudah difahami dan selalu
digunakan oleh pelanggan.
Sebagai contoh, penyakit ‘osteoartritis’ lebih mudah
difahami oleh pelanggan sebagai sakit lutut.
Apabila kita tahu kesamaan yang ada dalam diri pelanggan,
pelanggan akan membeli produk kita tanpa dipaksa.
3) Elemen
#3
Kuasai emosi pelanggan supaya membeli.
Apakah emosi pelanggan yang menyebabkan mereka membeli?
a) Kerana
takut kehilangan?
b) Adakah
disebabkan mahu bermegah?
c) Atau,
sekadar mahu memuaskan hati sendiri?
Emosi sebegini tidak boleh nampak melalui penglihatan mata
kasar. Tetapi, memberi impak kepada tindakan pelanggan untuk membuat pembelian.
Contoh;
a) Orang
kaya sanggup menghabiskan ribuan ringgit memasang sistem keselamatan di rumah
kerana TAKUT dimasuki pencuri.
b) Wanita
sanggup membeli beg tangan berjenama mahal kerana mahu berMEGAH di hadapan
rakan-rakannya.
c) Manusia
sanggup mengeluarkan belanja yang tinggi semata-mata mahu mendapat layanan
istimewa dan keSELESAan menginap di hotel 5 bintang.
"Jika hari-hari saya tiada sales.. 27 teknik ini hasilkan jualan setiap hari!"
1) Berapa ramai sakit-sakit kepala atau pening kepala sebab tiada SALES?
2) Jika anda mengalaminya, kami boleh membantu anda menyelesaikannya. Kerana, kami telah siapkan 27 cara untuk atasi masalah kurang/susah buat sales..
3) Produk ini adalah ebook terbaru daripada Waizu Academy, ebook 27 Cara Hilangkan Pening Kepala Peniaga Baru Susah Buat SALES!
4) Jaminan, sekiranya masih pening-pening kepala sebab tak dapat buat sales dalam masa 90 hari, boleh minta wang dikembalikan.
5) Berminat? Boleh buat tempahan di bawah. Anda harga diskaun untuk anda!
Klik di sini --> http://blog.waizu.my/p/ebook-27-cara-hilangkan-pening-kepala.html
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon