Kuasai Tajuk Jualan Buat Pelanggan
Baca Iklan Kurang Dari 5 Saat!
Peristiwa ini berlaku pada
beberapa hari yang lepas.
==
Boleh
saya tolong anda gandakan sales bisnes?
==
Seperti biasa, saya akan melihat
emel untuk mempelajari ilmu daripada emel Aqif Azizan.
Ketika sedang mencari nama
beliau, tetiba saya terpukau untuk membuka satu emel.
Tajuk hadapannya adalah..
“Boleh saya tolong anda gandakan sales bisnes?”
Kemudian, saya melihat
siapa yang menghantar emel tersebut.
Ternyata yang menghantarnya adalah
daripada Aqif Azizan.
Dalam masa kurang 5 saat,
saya sudah membuka emel beliau.
==
Kenapa
saya membuka emel tersebut dalam masa kurang 5 saat?
==
Sebabnya, dalam kotak
pemikiran saya ketika itu..
“Bagaimana aku mahu gandakan jualan bisnes dari 3
angka sebulan kepada 4-5 angka sebulan?”
Apabila perkara ini yang
berlaku, saya terus membukanya tanpa perlu berfikir panjang lagi.
Apa yang saya mahu ketika
itu, penyelesaian yang saya boleh dapat daripada beliau untuk gandakan jualan
bisnes saya.
==
1
Teknik Tulis Tajuk Berkesan – Faham MASALAH Pelanggan!
==
Strategi untuk
pelanggan/prospek membaca iklan kita adalah dengan menguasai tajuk iklan.
Dengan tajuk iklan yang
berkesan dan memukau, dalam masa kurang 5 saat, pelanggan/prospek akan membaca
iklan kita sehingga habis.
Jika iklan itu dapat
menyelesaikan masalah mereka, pelanggan/prospek akan membeli produk kita dalam
masa kurang 60 minit.
Untuk menguasai tajuk,
kita perlu tahu, apa masalah utama pelanggan kita.
Dengan cara ini, kita
lebih cepat membuat jualan.
==
3
Cara Ketahui Masalah Pelanggan
==
1)Buat kajian pelanggan. Lakukan sedikit kajian tentang masalah yang dihadapi oleh pelanggan kita.
Dengan cara ini, kita dapat menyenarai beberapa masalah pelanggan kita.
Kemudian, buat split-test untuk mengetahui masalah utama pelanggan.
2) Bertanya terus kepada pelanggan. Untuk menjimatkan masa, bertanya soalan yang tepat dan betul kepada pelanggan.
“Jika saya mahu membantu anda menggandakan jualan bisnes anda, apakah masalah utama yang anda sedang hadapi sekarang?”
3) Lihat kepada masalah. Setiap orang, pasti mempunyai masalah.
Untuk itu, kita lihat kepada masalah yang sering dihadapi oleh pelanggan kita.
Kemudian, berikan jalan penyelesaian kepada mereka.
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon