6 Cara Untuk Mendominasi Status Di Facebook


Pemasaran Media Sosial adalah salah satu cabang daripada pemasaran Internet.

Fokus utama pemasaran Media Sosial adalah mendapat sebanyak mungkin perhatian daripada pelanggan melalui berapa banyak bilangan Like, berapa ramai yang komen status posting kita dan berapa ramai yang suka ‘Share’ posting kita.

Berikut adalah 6 cara untuk meningkatkan bilangan Like, Comment dan Share di Facebook.

==
6 Cara – Peniaga baru dan kecil, boleh kembangkan bisnes mereka melalui Social Media Marketing ini!
==

Eric Dahan, merupakan salah seorang penulis di blog www.entrepreneur.com. Beliau seorang CEO dan Co-Founder untuk sebuah syarikat yang diberi nama InstaBrand.

Dalam artikel yang ditulisnya, beliau cuba sampai 6 cara untuk ‘menguasai’ status Facebook supaya ramai orang Like, Comment dan Share post kita.

6 cara ini boleh kita gunakan untuk pemasaran Media Sosial (terutamanya Facebook):

1) Cara #1 - Hasilkan content yang berkualiti secara konsisten.

Sebagai usahawan atau peniaga baru, pemasaran Media Sosial sangat sesuai digunakan untuk meningkatkan kredibiliti dan kesedaran pelanggan terhadap produk atau jenama bisnes kita.

Pemasaran Media Sosial, ibarat sebuah tempat untuk kita mempromosikan content yang bagus sebagai tukaran untuk mendapat perhatian pelanggan. Dan, apabila kita menyebut tentang tempat untuk mempromosikan sesuatu, ia pasti ada berkaitan dengan penawaran dan permintaan.

Kita tawarkan content yang bagus kepada pelanggan yang memerlukan permintaan untuk menyelesaikan masalah mereka.

Oleh itu, tugas kita sebagai pemilik produk, pastikan kita konsisten memberi content yang berguna di dalam pemasaran Media Sosial.

2) Cara #2 - Jangan hiraukan nama-nama besar!

Dalam pemasaran Media Sosial, tumpuan utama kita adalah mendapat perhatian orang untuk berinteraksi dengan content yang kita tawarkan. Iaitu, interaksi melalui Like, Comment dan Share.

Ini yang dinamakan Engagement. Mendapat perhatian dan maklum-balas untuk setiap post yang kita memuat naik ke laman media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain lagi.

Jangan terlalu ambil kisah dengan jenama-jenama besar. Tugas kita adalah mendapatkan Like, Comment dan Share yang tinggi.

3) Cara #3 - Konsisten dengan aktiviti pemasaran Media Sosial.

Untuk membuatkan jenama bisnes kita melekat di dalam minat pelanggan, tugas utama kita adalah konsisten mempromosikan jenama kita melalui media sosial. Kongsikan content yang bermanfaat sehingga pelanggan boleh kenali jenama kita melalui mesej pemasaran yang kita kongsikan.

4) Cara #4 – Jangan promosi kepada semua orang.

Penting untuk kita fokus kepada pelanggan kita sahaja semasa menggunakan pemasaran Media Sosial ini. Iaitu, pelanggan utama kita yang mahu menyelesaikan masalah utama mereka. Ini ada hubung-kaitnya dengan content yang akan kita sampaikan kepada pelanggan.

5) Cara #5 – Gunakan media sosial dari awal lagi.

Bagi usahawan atau peniaga kecil, rebut peluang untuk mempromosikan produk atau jenama kita melalui media sosial. Kerana, melalui platform ini, kita boleh meraihkan pelanggan yang berpotensi. Dan, pemasaran jenis ini, masih kurang persaingan untuk menarik perhatian pelanggan.

Apabila kita menggunakan platform media sosial ini dari awal lagi, potensi untuk jenama bisnes kita berkembang akan menjadi tinggi.

6) Cara #6 – Kumpul data penting!

Akhir sekali, jangan lupa untuk mengumpul data-data penting daripada pemasaran Media Sosial ini. Contohnya:

a) Kesan berapa banyak Like, Comment dan Share sebelum dan selepas menggunakan pemasaran Media Sosial.

b) Jejak post yang paling orang suka untuk Like, Comment dan Share.

c) Kaji berapa banyak peningkatan Like, Comment dan Share selepas menggunakan pemasaran Media Sosial.

"Jika hari-hari saya tiada sales.. 27 teknik ini hasilkan jualan setiap hari!"


1) Berapa ramai sakit-sakit kepala atau pening kepala sebab tiada SALES?

2) Jika anda mengalaminya, kami boleh membantu anda menyelesaikannya. Kerana, kami telah siapkan 27 cara untuk atasi masalah kurang/susah buat sales..

3) Produk ini adalah ebook terbaru daripada Waizu Academy, ebook 27 Cara Hilangkan Pening Kepala Peniaga Baru Susah Buat SALES!

4) Jaminan, sekiranya masih pening-pening kepala sebab tak dapat buat sales dalam masa 90 hari, boleh minta wang dikembalikan.

5) Berminat? Boleh buat tempahan di bawah. Anda harga diskaun untuk anda!

Previous
Next Post »

ConversionConversion EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng