7 Teknik Sales Closing - Bagaimana cara buat pelanggan cepat bagi duit selepas membaca skrip closing kita. (Siri 3)


Teknik ketiga lebih fokus kepada kelebihan produk.

Bagaimana produk yang kita miliki dapat menyelesaikan masalah utama pelanggan.

Dalam fasa ini, kita perlu terangkan lebih detail bagaimana produk kita dapat membantu menyelesaikan masalah pelanggan.

Format untuk menerangkan kelebihan produk ini adalah dengan menggunakan 'bullet-point'.

Teknik #3 – Ceritakan Kelebihan Produk

Closing-sales adalah tempat terakhir sebelum pelanggan membeli produk kita.

Oleh itu, gunakan semaksimum yang boleh ketika berada di stage ini.

Cara yang berkesan untuk membuat pelanggan membeli produk kita adalah:

1) Tunjukkan kelebihan produk kita yang dapat menyelesaikan masalah mereka

2) Ceritakan cara-cara penyelesaian kita dapat membantu mengurangkan masalah pelanggan yang sedang mereka hadapi sekarang

Contoh skrip yang kita boleh hasilkan:

<nama produk> ini membantu tuan/cikpuan:

1)  Mengurangkan berat badan sebanyak 3 kilo dalam masa 40 hari.

2) Tidak perlu berpantang makan, sebaliknya hanya perlu minum air yang banyak.

3) Kesan penurunan berat badan ini boleh dilihat dengan cepat apabila disertai dengan senaman selama 30 minit setiap hari.

Atau, kita juga boleh tulis dalam bentuk perenggan:

Apa yang tuan/cikpuan dapat daripada <nama produk> adalah:

1)  1 Botol XYZ


Pil untuk menurunkan berat badan. Apa yang perlu tuan/cikpuan lakukan adalah mengambil 1 pil ubat kurus setiap hari. Banyakkan minum air masak dan bersenam.
Previous
Next Post »

ConversionConversion EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng