7 Teknik Sales Closing - Bagaimana cara buat pelanggan cepat bagi duit selepas membaca skrip closing kita. (Siri 4)


Teknik #4 – Berikan Bonus @ Produk Percuma

Tambahkan nilai produk yang kita jual dengan memberi bonus atau produk percuma kepada pelanggan.

Manusia (pelanggan) suka kepada benda-benda yang percuma.

Kadang-kala, ada pembeli membeli barang kerana mahukan produk percuma. Bukan mahu sangat dengan produk utama.

Jadi, tambah nilai produk asal dengan memberi bonus atau produk percuma.

Bilangan produk percuma boleh jadi dalam 1, 2 atau 3 produk.

Ia bergantung kepada berapa harga produk utama, berapa bajet untuk diberi sebagai produk percuma dan apa yang boleh diberi secara percuma supaya pelanggan tertarik untuk membeli produk utama.

==
Bonus / Produk Percuma Untuk Produk Fizikal
==

Jika produk utama yang kita jual itu mahal, kita boleh beri sebanyak mana produk percuma kepada pelanggan. Janji, produk itu berkaitan dengan produk utama.

Jangan pula kita menjual tudung, kita berikan pendrive sebagai produk percuma. Ia tidak berkaitan antara satu sama lain.

Jika berlaku perkara sebaliknya, iaitu produk yang kita jual tidak terlalu mahal, cari produk yang berkaitan dengan nilai yang lebih murah.

Janji, kita masih mendapat keuntungan walaupun sedikit.

Contohnya kita menjual tudung. Harga sepasang tudung adalah RM30. Kita boleh beri anak tudung yang berharga RM5 sebagai produk percuma.

==
Bonus / Produk Percuma Untuk Produk Digital
==

Berbanding produk digital, kita boleh beri sebanyak mungkin produk percuma kepada pelanggan. Kerana, kebanyakan produk digital bermula dengan ‘zero cost’.

Jadi, tiada masalah sekiranya kita memberi bonus yang banyak kepada pelanggan.

==
Strategi Tingkatkan Jualan Semasa Close Sales – Beri bonus atau produk percuma!
==

Skrip untuk penulisan bonus produk adalah:

>>BONUS!!<<

Untuk setiap pembelian produk ini, <nama> berpeluang mendapat <nama produk percuma> yang bernilai RMXX secara PERCUMA!

Atau,

>>B.O.N.U.S!!<<

Untuk setiap pembelian <nama produk utama>, saya hadiahkan 5 produk PERCUMA kepada <nama>:

1)  <nama produk percuma 1> yang bernilai RMXX

2)  <nama produk percuma 2> yang bernilai RMXX

3)  <nama produk percuma 3> yang bernilai RMXX

4)  <nama produk percuma 4> yang bernilai RMXX

5)  <nama produk percuma 5> yang bernilai RMXX
Previous
Next Post »

ConversionConversion EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng