7 Teknik Sales Closing - Bagaimana cara buat pelanggan cepat bagi duit selepas membaca skrip closing kita. (Siri 5)


Teknik kelima Sales Closing lebih kepada memberi keyakinan kepada pelanggan untuk membeli produk kita.

Iaitu, memberi jaminan kepada pelanggan, sekiranya mereka tidak berpuas hati, mereka mendapat ganti rugi atau hadiah sagu hati.

Dalam stage ini, pelanggan akan berasa lega selepas membaca jaminan yang kita sertakan.

Cara untuk memberi jaminan kepada pelanggan adalah..

Teknik #5 – Jaminan Pulangan Wang 100%

Pelanggan atau pembeli mempunyai satu perasaan takut dan ragu-ragu di dalam diri mereka.

Iaitu, adakah produk yang kita jual dapat menyelesaikan masalah mereka?

Jika tidak berjaya, apakah yang mereka boleh dapat untuk tebus kembali apa yang mereka telah beli daripada kita?

Cara terbaik untuk menghilangkan ketakutan ini, kita boleh berikan JAMINAN pulangan wang 100%.

Jaminan ini diberi sekiranya pelanggan atau pembeli dapati tidak mendapat seperti apa yang mereka harapkan sebelum membeli.

==
Skrip Berkesan Buat Pelanggan Berani Beli Produk Anda
==

Contoh skrip:

>>JAMINAN PULANGAN WANG!!<<

Sekiranya anda tidak berpuas hati dan tidak mendapat seperti yang anda harapkan, anda boleh minta pulangan wang 100% daripada saya.


Bukan itu sahaja, anda tidak perlu pulangkan produk tersebut. Sebaliknya, anda boleh simpan sebagai koleksi atau gunakannya pada masa hadapan.
Previous
Next Post »

ConversionConversion EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng