2 Cara belajar Copywriting dengan pakar secara PERCUMA!



Teknik ini saya sering kali gunakan dalam penulisan Copywriting a.k.a ayat iklan.

Ketika mula-mula belajar dulu (pasal Copywriting), saya banyak meniru Copywriting pakar-pakar penulisan ayat iklan.

Antara mentor yang saya sering gunakan skrip Copywritingnya sebagai swipe copy adalah Tuan Aqif Azizan.

Daripada penulisan beliau, banyak yang saya pelajari:

1) Bagaimana nak menulis headline.

2) Apa isi seterusnya selepas headline.

3) Apakah isi Copywriting yang sepatutnya diisi dalam penulisan ayat iklan.

4) Tawaran-tawaran yang boleh menarik minat orang membeli.

5) Strategi mengunci jualan di bahagian CTA (Call-to-Action).

==
2 Cara 'meniru' penulisan Copywriting pakar!
==

2 cara ini saya masih amalkan sehingga ke hari ini:


a) Melihat ayat iklan daripada pakar


Belajar melihat iklan daripada pakar dan ambil ayat iklan untuk rujukan pada masa hadapan.

Sebagai contoh, kita melihat iklan di bahagian kanan Facebook daripada pakar bidang kita.

Kita lihat dan belajar cara mereka menulis iklan.

Jika tidak mahu terlepas atau terlupa skrip yang mereka gunakan, copy dan paste di dalam Word.

Kemudian, gunakan skrip tersebut ketika mempromosikan produk kita.

Adjust ayat iklan asal mengikut produk yang kita jual.

Ayat iklan pakar tidak semestinya sesuai dengan produk yang kita jual.

Sebaliknya, ayat iklan mereka membantu menghasilkan ayat iklan yang menjual.


b) Baca dan tertarik dengan iklan


Pernah mengalami pengalaman berikut:

"Sedang kita scroll ke bawah melihat Newsfeed di Facebook, tiba-tiba kita berhenti.

Kita baca headline, kemudian kita klik pada gambar (atau link).

Yang bestnya, kita terus membeli produk yang ditawarkan di dalam gambar ataupun link tersebut."

Apa yang berlaku sebenarnya adalah kejayaan headline sesebuah iklan menarik perhatian kita untuk klik pada gambar (atau link).

Kemudian, kita baca sehingga habis content yang terdapat di dalam iklan tersebut.

Iklan tersebut dikatakan berjaya kerana membuatkan kita membeli tanpa kita sedari.

Tup-tup, sudah membuat bayaran.

.

Apa yang boleh kita pelajari daripada cara kedua ini adalah:

i) Belajar ayat iklan daripada iklan yang terbukti menjual.

ii) Buktinya, kita 'terpaksa' membeli tanpa kita sedari.

iii) Daripada skrip ini, kita ambil dan apply ke dalam penulisan ayat iklan kita sendiri.
Latest
Previous
Next Post »

ConversionConversion EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng