Teknik A-B-C – Teknik Mengunci Jualan Yang Paling Berkuasa!

(Kredit gambar : Google Image)

Mengunci jualan adalah proses meletakkan pelanggan di bahagian akhir, iaitu pelanggan membeli produk kita. 

Dalam jualan, ia bermaksud membawa pelanggan sehingga ke bahagian terakhir untuk mereka membuat keputusan: Ya atau Tidak.

Ya – “Saya berminat dengan produk anda dan mahu membelinya.”

Tidak – “Maaf, saya tidak berminat dengan produk anda dan tidak mahu membelinya.”

==
Always Be Closing! – Apa yang kita kata, apa yang kita buat, dihujungnya adalah jualan!!
==

Ted Finch, penulis blog untuk www.chanimal.com mengatakan, aktiviti mengunci jualan adalah membantu pelanggan untuk membuat keputusan membeli.

Daripada aktiviti awal kita memperkenalkan produk, menunjukkan demo menggunakan produk dan menceritakan kelebihan produk, kita sebenarnya sedang membantu pelanggan untuk membeli.

Tegas beliau, aktiviti mengunci jualan sudah terjadi bermula kita berjumpa pelanggan, bersalaman dengan pelanggan, bercakap dengan nada yang menyakinkan, menunjukkan demo produk kepada pelanggan sehingga kita berjaya membuat jualan.

Teknik A-B-C adalah singkatan untuk teknik Always Be Closing.

Apa sahaja aktiviti yang kita buat dengan pelanggan, ia menjurus kepada jualan. Sebab itu, kenapa teknik A-B-C ini sangat berkuasa!

==
Formula Berkesan Buat Pelanggan Membeli – Penuhi keperluan, selesaikan masalah dan realisasikan impian pelanggan!
==

Mengunci jualan yang terbaik adalah bagaimana kita sampaikan mesej kepada pelanggan.

Daripada kita menarik perhatian pelanggan dengan tajuk yang memukau, sehingga kita berjaya menjentik keinginan pelanggan untuk mengatakan “YA” terhadap produk kita.

Salah satu sebab kenapa kita mengunci jualan adalah disebabkan kita mahu memenuhi keperluan pelanggan, menyelesaikan masalah pelanggan dan merealisasikan impian pelanggan.

Oleh itu, kita perlu tunjukkan cara yang betul kepada pelanggan bagaimana produk kita dapat memenuhi keperluan mereka, menyelesaikan masalah dan merealisasikan impian mereka.

Apabila kita berjaya menunjukkan nilai yang pelanggan bakal peroleh (iaitu menyelesaikan masalah, memenuhi keperluan dan merealisasikan impian mereka), pelanggan akan membeli tanpa dipaksa!

>>PENGUMUMAN!!<<

Pada 1 Jun 2015, Waizu Academy sekali lagi akan melancarkan 1 ebook baru;

21 Skrip Closing, 3 Skrip Follow-up, 1 Skrip Upsell Tingkatkan Jualan Bisnes, Jimatkan Masa Menjual Untuk Peniaga Baru.

Harga asal ebook adalah RM20.

Pada hari ini, kami buka pre-order sebanyak RM7 SAHAJA!

Di mana, anda JIMAT sebanyak RM13 daripada harga asal.

Untuk membuat tempahan awal, boleh pergi ke laman web berikut:


PS : Tawaran pre-order ini hanya SAH sehingga 31 Mei 2015 sahaja!!

PSS : Dapatkan ebook PERCUMA; Formula Berkesan Tarik 1,000 Pelanggan untuk pembelian pada hari ini!

ConversionConversion EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng