Teknik ini kita boleh pelajari melalui Changingminds.org.
Semasa sesi Closing, beri sedikit
ruang masa kepada pelanggan untuk mereka berfikir.
Jangan paksa untuk mereka
membeli. Kita berikan sedikit masa untuk pelanggan mempertimbangkan tawaran
yang kita beri.
==
5 Cara Guna Teknik Penangguhan
==
Guna teknik penangguhan ini
apabila:
1) Pelanggan tidak boleh membuat keputusan pada
hari ini juga.
2) Kita berikan sedikit tekanan kepada pelanggan
dengan sebab-sebab munasabah kenapa mereka perlukan produk kita dan akan
berjumpa lagi pada masa akan datang untuk membuat pembayaran.
3) Beri sedikit masa sehingga hujung bulan (mungkin
kita Closing pelanggan semasa bajet pelanggan tiada atau duit mereka ketika itu
tinggal sedikit).
4) Kita pentingkan hubungan dengan pelanggan (jika
mereka tidak membuat pembelian pada hari ini, takut mereka tidak akan membeli
pada masa hadapan).
5) Kita tidak tergesa-gesa untuk menjual pada hari
ini (mungkin kuota jualan ini boleh dimasukkan ke bulan hadapan).
==
2 Skrip Teknik Closing
Penangguhan
==
Contoh skrip untuk Closing
penangguhan ini adalah:
a) “Ini adalah keputusan yang penting untuk dibuat.
Dan, anda perlukan masa untuk berfikir. Boleh kita tetapkan masa pada minggu
hadapan untuk membincangkan perkara ini sekali lagi?”
b) “Saya lihat anda berhati-hati untuk membuat
keputusan ini. Boleh kita berjumpa lagi dalam masa 2-3 hari lagi untuk
mengetahui keputusan anda?”
==
RAHSIA Teknik Penangguhan – Jaga hubungan
dengan pelanggan, bawa lebih banyak duit masuk ke dalam bisnes!
==
Dalam bisnes, jurujual sentiasa
menjaga hubungan di antara pelanggan. Kerana, mereka ini yang akan membawa
masuk duit banyak ke dalam bisnes.
Jika kita terlalu mendesak pelanggan supaya
membeli, pelanggan akan berasa tidak gembira untuk berurusan dengan kita pada
masa akan datang.
Dengan memberi penangguhan masa kepada
pelanggan, kita sebenarnya memberi kejutan kepada pelanggan untuk mereka
berfikir dahulu sebelum membeli produk kita.
Kesannya, pelanggan akan membuat
pembelian pada masa yang telah ditetapkan (setelah cukup bajet).
"Jika hari-hari saya tiada sales.. 27 teknik ini hasilkan jualan setiap hari!"
1) Berapa ramai sakit-sakit kepala atau pening kepala sebab tiada SALES?
2) Jika anda mengalaminya, kami boleh membantu anda menyelesaikannya. Kerana, kami telah siapkan 27 cara untuk atasi masalah kurang/susah buat sales..
3) Produk ini adalah ebook terbaru daripada Waizu Academy, ebook 27 Cara Hilangkan Pening Kepala Peniaga Baru Susah Buat SALES!
4) Jaminan, sekiranya masih pening-pening kepala sebab tak dapat buat sales dalam masa 90 hari, boleh minta wang dikembalikan.
5) Berminat? Boleh buat tempahan di bawah. Anda harga diskaun untuk anda!
Klik di sini --> http://blog.waizu.my/p/ebook-27-cara-hilangkan-pening-kepala.html
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon