Bagaimana mengawal bajet Facebook Ads supaya tidak melabur dengan banyak? (Bahagian 1)


Sebelum kita melaburkan wang yang banyak untuk Facebook Ads, kita perlu terlebih dahulu memahami konsep pengiklanan yang ditawarkan oleh pihak Facebook.

Apabila kita faham konsep sebenar pengiklanan Facebook Ads, kita boleh merancang strategi yang lebih baik.

Hal ini kerana, bukan semua strategi pemasaran sesuai dengan konsep pengiklanan Facebook Ads.

Pengiklanan Facebook Ads tidak sama seperti Google Adword.

Di mana Google Adword berkonsepkan pengiklanan carian.

Google Adword berdasarkan iklan carian di Google.

Konsep asas pengiklanan Google Adword adalah keyword yang diguna pakai oleh pengguna Google.

Contohnya, keyword yang kita cari adalah bagaimana kuruskan badan.

Jadi, iklan berkenaan dengan produk kuruskan badan sahaja yang akan keluar di Google.

Pengiklanan Di Facebook Ads Lebih Detail

Facebook Ads menggunakan konsep penyesuaian dengan maklumat dan aktiviti pengguna Facebook.

Di mana, iklan ditayangkan mengikut maklumat yang terdapat pada bahagian profail pengguna Facebook dan aktiviti yang sedang dijalankan oleh pengguna Facebook.

Apabila kita beriklan di Facebook Ads, kita perlu target maklumat profile pengguna Facebook yang terdiri daripada umur, jantina, status hubungan, tempat tinggal, tahap pelajaran, minat dan sebagainya (apa yang terdapat di dalam Facebook Ads).

Melalui target yang kita telah tetapkan, iklan yang kita run hanya akan muncul pada pengguna Facebook yang menepati ciri–ciri yang telah kita tetapkan.

Jadi, kelebihan utama pengiklanan di Facebook Ads adalah kita boleh memilih untuk mengiklankan sesuatu berdasarkan peribadi seseorang.

Iklan di Facebook Ads tidak akan muncul berdasarkan kehendak pengguna seperti di Google.

Tetapi, ia lebih kepada dasar minat dan peribadi pengguna Facebook.

Lebih Detail Pelanggan, Lebih Murah Kos Pengiklanan Facebook Ads

Berdasarkan konsep pengiklanan yang ditawarkan oleh pihak Facebook, kita tidak boleh menggunakan strategi yang kita gunakan di Google Adword untuk pengiklanan di Facebook Ads.

Sebaliknya, kita perlu menggunakan strategi yang berlainan.

Iaitu, mengenalpasti siapa yang mungkin meminati produk kita dan setkan iklan hanya untuk muncul kepada mereka sahaja.


Secara tidak langsung, kita sudah menghampiri pembeli dan kemungkinan mereka untuk memberi respons kepada iklan kita adalah besar.

Apabila kita faham dengan konsep pengiklanan Facebook Ads ini, kita boleh mencipta pengiklanan Facebook Ads yang mengurangkan kos pengiklanan Facebook Ads (kerana iklan kepada satu jenis orang sahaja).

Dan, membuat keuntungan dengan banyak melalui kempen pengiklanan di Facebook Ads ini.
Previous
Next Post »