9 Ciri - Kesan iklan Facebook Ads anda baik atau tidak. :-)

9 Ciri Iklan Facebook Ads Yang Baik


1) Tajuk iklan adalah tepat dan mewakili apa yang kita iklankan.

Maksudnya, tajuk kita menyatakan dengan tepat apa yang kita ingin promosikan.

Namun, jika kita mempromosikan Facebook page, tajuk bagi iklan kita adalah nama bagi Facebook page tersebut.

2) Badan iklan mewakli apa yang kita tawarkan.

Sebagai contohnya ‘Stok terbaru tudung 2012. Beli di sini’.

Maknanya, badan iklan kita perlu menyatakan dengan jelas apa yang kita tawarkan.

Kemudian ada ayat Call-to-Action di situ.

Berdasarkan contoh yang diberi, ayat ‘Stok terbaru tudung 2012', bermaksud kita menjual tudung dan tudung tersebut adalah design terbaru.

Ayat ‘Beli di sini' pula bermaksud, mengajak pengguna Facebook untuk membeli tudung.

3) Gambar iklan yang di gunakan adalah jelas, senang untuk difahami dan ada kaitan dengan iklan yang kita tawarkan.

Senang cerita, gambar yang dipilih membantu iklan kita untuk lebih menonjol.

Dan, bukannya merosakkan iklan kita.

4) Memilih audience setepat mungkin dan tidak terlalu umum.

Untuk pengetahuan, kita boleh mencipta seberapa banyak kempen pengiklanan yang kita mahukan.

Jadi, kita target audience setepat yang mungkin dengan memilih demografik, lokasi dan interest dengan tepat.

5) Iklan Facebook Ads kita mempunyai matlamat yang jelas.

Kita perlu tahu dengan jelas kenapa iklan Facebook Ads ini dicipta.

Apabila kita mempunyai matlamat, senang untuk kita cipta iklan yang lebih berkualiti di masa akan datang.

Maksudnya apabila kita buat review tentang prestasi pengiklanan kita, kita akan tahu apa yang hendak diperbaiki berdasarkan matlamat yang telah kita tetapkan.

6) Iklan Facebook Ads kita nampak professional.

Iaitu tidak meleret, tepat, jelas, senang di fahami dan padat.

7) Iklan kita mempunyai kadar nilai klik yang tinggi dan semakin hari bilangan klik tersebut tetap meningkat secara konsisten.

8) Perniagaan kita mula berkembang dengan baik hasil daripada pengiklanan di Facebook Ads.

9) Keuntungan yang kita peroleh adalah lebih banyak dari modal yang kita laburkan untuk pengiklanan di Facebook Ads.
Previous
Next Post »