Bagi yang menggunakan Facebook Ads untuk memasarkan produknya, ikuti 5 langkah berikut untuk menghasilkan Facebook Ads yang menjual:
Kredit: Google Image
1) Langkah pertama : Tahu dengan jelas perkara yang anda ingin promosi.
Tentukan dengan jelas apa yang kita ingin promosikan melalui Facebook Ads.
Adakah kita ingin mempromosikan laman web, mailing-list, Facebook page atau produk Affiliate?
Kita perlu tahu dengan jelas perkara yang kita ingin promosikan.
Apabila kita tahu dengan jelas perkara yang kita ingin promosikan, kita sudah boleh tentukan strategi yang terbaik untuk kita gunakan di Facebook Ads.
Facebook Ads bukan medium percuma.
Jadi, kita perlu ada strategi yang jelas.
2) Langkah kedua : Tentukan target pengiklanan anda.
Di Facebook Ads, kita boleh tentukan siapa yang akan melihat iklan kita.
Secara tidak langsung, kita boleh iklankan sesuatu kepada orang yang tepat.
Kita boleh tetapkan siapa yang akan lihat iklan kita berdasarkan:
a) Lokasi, jenis bahasa, tahap pelajaran dan kerja.
b) Umur, jantina, hari jadi dan status perhubungan.
c) Like dan Minat
Berdasarkan perkara yang kita ingin promosikan, kita sudah tentukan siapa yang akan melihat iklan kita nanti.
3) Langkah ketiga : Reka iklan yang menarik.
Sekarang, reka iklan yang terbaik untuk kita gunakan di Facebook Ads.
Caranya adalah:
i) Tulis tajuk yang boleh mendapat perhatian untuk orang klik.
ii) Tulis ayat yang bersifat memujuk di bahagian badan/content supaya mereka yang ternampak iklan tersebut berasa rugi jika tidak klik iklan kita.
iii) Gunakan gambar atau imej yang sesuai dengan tajuk pengiklanan Kita. Upload gambar supaya iklan kita kelihatan lebih menarik.
4) Langkah keempat : Tentukan bajet pengiklanan kita.
Di Facebook kita boleh tentukan untuk mengggunakan pengiklanan bersifat cost per click atau cost per impression.
Cost per click bermakna kita perlu bayar setiap kali iklan kita di klik.
Manakala cost per impression, bermakna kita perlu bayar setiap 1,000 kali iklan kita dipaparkan.
Kita bebas untuk memilih jenis pengiklanan yang kita suka.
Kemudian, tentukan bajet harian.
Bajet harian penting untuk pastikan iklan kita tidak melepasi had yang sepatutnya.
Semasa bidaan bagi harga iklan, bida harga yang tinggi sedikit dari harga cadangan.
Dari masa ke semasa, kita boleh periksa harga cadangan.
Jika harganya rendah, kita rendahkan lagi harga bidaan.
5) Langkah kelima : Review iklan dan perbaiki.
Review prestasi iklan kita.
Dan baiki yang mana patut.
Jika prestasi pengiklanan kita teruk, kita tidak boleh biarkan sahaja.
Kita perlu baiki dan gunakan kaedah lain.
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon