Nak ayat MAGIK untuk menjual?

Nak ayat 'magik' untuk menjual?

Baca tip di bawah ini..


Kredit gambar: Google Image



1) Tulis iklan kepada 1 jenis pelanggan sahaja.



2) Tulis dalam bahasa yang 1 jenis pelanggan kita ini paham.



3) Ceritakan masalah utama 1 jenis pelanggan ini.



4) Kemudian, tanya kepada mereka, mahu kami bantu selesaikan masalah mereka?



5) Tunjukkan cara untuk menyelesaikan masalah utama kepada 1 jenis pelanggan ini tadi.



6) Kemudian, kongsikan produk atau servis yang kita sediakan untuk membantu menyelesaikan masalah utama 1 jenis pelanggan ini.



7) Katakan kepada 1 jenis pelanggan ini, jika mahu cepat selesaikan masalah, dengan kos yang berbaloi, tidak mahu tunggu lama-lama, cuba dulu produk atau servis kita.



8) Tak suka, minta pulangan wang 100% (dalam tempoh masa yang ditetapkan).



9) Akhir sekali, tunjukkan cara yang paling MUDAH untuk 1 jenis pelanggan ini tadi membeli (jika kena SMS, katakan SMS, jika kena klik laman web, tunjukkan link laman web).



Faham pelanggan, kenal sangat dengan pelanggan, selesaikan masalah pelanggan.



Bila kita faham dan kenal pelanggan kita, apa yang kita katakan kepada pelanggan..



Itu adalah 'ayat magik' untuk menjual!



--




Previous
Next Post »