SIRI Bagaimana menulis ayat iklan tanpa perlu menulis iklan
Susah nak buat jualan?
Kisah ini diceritakan oleh Tuan Raja Kamil kepada kami..
" Jam di handphone telah menunjukkan jam 11:51 malam.
Lagi beberapa minit nak masuk hari ke-2 bagi bulan terakhir tahun 2015.
Saya telah berhenti seketika di suatu tempat selepas mengambil exit SKVE.
Bukan sebab kerana mengantuk atau kereta rosak.
Tetapi, dari mula pemanduan, saya berasa satu perasaan bersalah.
Saya berfikir-fikir, bagaimana dengan peniaga di luar sana yang tidak dapat membuat jualan atau tidak mencapai target jualan untuk bulan ini?
Mungkinkah mereka akan diberhentikan kerja?
Saya berfikir lagi, mungkin ada di luar sana, seorang ibu tunggal, menjaga lima orang anaknya, mencuba membuat jualan.
Tetapi, tiada sambutan.
Apa yang boleh mereka makan esok?
Duit mungkin sudah habis dekat beli produk atau pemasaran.
Bukan itu sahaja..
Saya bertambah sebak bila teringatkan emel-emel yang saya dapat untuk mengajar mereka berniaga secara online.
Ada yang hantar tu, baru diberhentikan kerja, dengar kata orang jual kat Facebook senang, duit habis kat beli stok.
Ya Allah, ampunkan saya.
Saya bersalah kepada mereka.
Allah bagi ilmu kepada saya.
Saya sampaikan ilmu ini melalui blog saya, www.rajakamil.biz.
Bukan itu sahaja, saya kongsi ilmu melalui kelas online percuma dan juga berbayar.
Tetapi, dengan kudrat saya seorang, saya tidak mampu untuk sampaikan ilmu yang dipinjamkan oleh Allah kepada semua orang.
Jadi, di kesempatan ini, saya mahu kongsikan 6 cara untuk menulis ayat iklan..
Kongsikan ilmu ini sekiranya bermanfaat:
==
6 Cara Tulis Iklan Tanpa Perlu Menulis Iklan
==
1) Cara #1
Kita mungkin sekarang ni tengah terdesak.
Nasihat saya, bertenang dan relaks dahulu.
Banyakkan berselawat ke atas nabi dan berzikir kepada Allah.
2) Cara #2
Kemudian, apabila kita mahu mula menulis ayat iklan, selami perasaan bakal pelanggan kita itu.
Sebagai contoh, kita jual ubat resdung.
Bayangkan, bagaimana peritkan orang sakit resdung ni menonyoh hidung dan bersin tidak berhenti-henti setiap pagi.
Timbulkan empathy kepada pelanggan kita.
'Be in the shoe'.
3) Cara #3
Apabila kita sudah mula rasa empathy, lahirkan rasa simpati melalui perkataan.
Kita beritahu pelanggan, bertapa kita kasihan melihat mereka terseksa dengan keadaan sakit resdung pelanggan kita itu.
Kalau ada pengalaman sendiri pernah kena resdung, ceritakan sekali.
4) Cara #4
Selepas tu, berikan kata-kata semangat bahawa setiap penyakit ada ubatnya.
5) Cara #5
Kemudian, cadangkan kepada bakal pelanggan kita itu produk yang kita jual.
Pastikan kita benar-benar yakin bahawa produk kita itu mujarab dan dapat membantu menyelesaikan masalah pelanggan sebelum ini.
INGAT! Bantu bakal pelanggan kita dengan ikhlas.
Jika kita tangkap gambar produk, tangkap dari pelbaga sudut supaya bakal pelanggan kita jelas dan dapat membayarkan produk kita secara keseluruhan.
Jika kita jual makanan (contoh karipap), ceritakan betapa rangupnya karipap yang kita jual.
Krup krap (bunyi karipap rangup).
(Contoh) Jika kita jual bauan aroma terapi, ceritakan betapa tenangnya bauan produk kita itu.
6) Cara #6
Akhir sekali, tunjukkan cara yang paling mudah untuk bakal pelanggan kita membeli.
Jika perlu isi borang tempahan, pastikan borang tempahan kita itu jelas, nombor akaun senang jumpa, dan butang hantar borang tempahan berada diposisi yang memudahkan pelanggan.
Jika perlu SMS atau Whatsapp, berikan nombor yang betul supaya mudah untuk pelanggan hubungi.
Jika produk kita available pada waktu tertentu, nyatakan dengan jelas.
Jika produk kita tidak available, maklumkan kepada pelanggan.
Mungkin sedikit sebanyak 6 cara ini dapat membantu kita untuk menghasilkan jualan pada bulan ini.
Akhir kata, dengan perkongsian ilmu ini, dapat membantu meningkatkan jualan kita, menyelamatkan career kita, dan memberi makan kepada anak-anak kita.
Jangan cepat berputus asa.
Ada kala, kejayaan datang lambat.
Tetapi, sekali ia datang, ia datang dengan hebat!
Nasihat saya, memohon kepada Allah.
Kerana Allah adalah sebaik-baik pengurnia rezeki.
Wallahua'alam.
Raja Kamil
Altitude Marketing Sdn Bhd "
--
Bakal terbit!
Ebook 5 Cara Berkesan - Tulis Ayat Jualan Tanpa Perlu Tulis Ayat Jualan?
Hehe.
Mencabar tak? :-)
Berminat?
KLIK SINI -->
--
MAHU jadi penaja untuk ebook 5 Cara Berkesan - Tulis Ayat Jualan Tanpa Perlu Tulis Ayat Jualan?
PM kami --> www.facebook.com/messages/waizuacademy
PS: 5 orang terawal, ada special price (RMXX). Hehe. :-)
--
Iklan Penaja:
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon