Celoteh Shahmi

Celoteh Shahmi


Hai. Nama saya Shahmi Hasifi.

Saya salah seorang Co-Founder untuk Waizu Academy.

Hari ini, saya mahu berceloteh tentang Copywriting, atau lebih kenali sebagai penulisan ayat jualan.

Kami sering kali ditanya beberapa soalan tentang;

1)   Bagaimana nak menulis ayat iklan power?
2)   Bagaimana nak tulis ayat jualan yang memikat pelanggan?

Masalah sebenar klien kami, sebenarnya bukan tidak tahu menulis ayat iklan atau ayat jualan.

Kerana, apabila kami meminta skrip iklan mereka, mereka boleh tulis.

Maksud boleh tulis adalah:

a)   Dalam skrip iklan tersebut ada testimoni.
b)  Terdapat penyelesaian masalah.
c)   Tahu menerangkan kelebihan produk.
d)  Ada headline.
e)   Mempunyai tawaran.
f)    CTA yang jelas.

Tetapi, masalah sebenar mereka adalah..


Tulis iklan mengikut format berkesan


Struktur penulisan ayat iklan yang tidak mengikut format!

Hal ini kerana, ada perkara yang perlu didahulukan, tetapi klien kami tidak masukkan.

Sebagai contoh, ada skrip klien kami tidak menulis Headline dahulu.

Terus masuk pendahuluan.

Bagaimana pelanggan mahu tertarik, jika mereka tidak berasa TERTARIK untuk membaca di perenggan pertama.

Ada juga klien kami yang terus menjual produk.

Tiada istilah untuk menceritakan masalah pelanggan.

Dan, banyak lagi bentuk kesalahan lain yang dapat kami kesan.

Cara penyelesaian terbaik adalah..

Tulis ayat iklan mengikut format yang betul.

Seperti panduan di bawah ini, kami tunjukkan sedikit cara untuk menulis ayat iklan yang menjual.



4 Formula Iklan yang Menjual


Jadi, sebagai gambaran kecil untuk menulis ayat iklan yang menjual, kita boleh ikut format berikut:

Di dalam penulisan ayat jualan, kami sering menggunakan konsep A.I.D.A..

Iaitu,

A – Attention
I – Interest
D – Desire
A - Action

--

1)        Attention

Attention merujuk kepada bagaimana kita menarik perhatian pertama pelanggan dalam masa kurang 7 saat.

Supaya pelanggan berasa berminat untuk membaca iklan kita sehingga habis.

Antara cara untuk menarik perhatian pelanggan adalah dengan menulis tajuk yang menyelesaikan masalah atau bertanyakan masalah pelanggan:

a)   Ada masalah berat badan?
b)  Tengah cara ubat kurus?
c)   17 Cara Santai – Hilangkan lemak badan sebanyak 29 kg dalam masa 7 minggu daripada sekarang, tanpa perlu pergi gym pun boleh kurus.

Apabila pelanggan sudah tertarik, mereka akan membaca iklan kita sehingga habis.

Jadi, perkara pertama yang perlu kita lihat di bahagian atas iklan adalah HEADLINE.

2)        Interest

Selepas kita berjaya menarik perhatian pelanggan di bahagian Headline, tarik MINAT pelanggan untuk membaca perenggan iklan kita seterusnya dengan cerita masalah utama pelanggan.

Dalam perenggan ini, kita ceritakan masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelanggan kita.

Dengan cerita ini, kita mengharapkan pelanggan kita berminat untuk membaca iklan kita sehingga habis kerana mahu mengetahui cara sebenar untuk menyelesaikan masalah mereka.

Sebagai contoh, pelanggan kita seorang pesakit gout.

Masalah yang mereka selalu hadapi adalah:

“Saya pernah mengalami pengalaman tak boleh tidur sebab menahan sakit kaki akibat gout.

Hampir 3 malam, saya terpaksa berguling-guling di tempat tidur, sebab tak mahu kaki terkena benda keras.

Rasa sakit kalau tersilap letak kaki.

Bukan itu sahaja, nak jalan pun susah.

Bayangkan, nak pergi ke tandas pun, terpaksa tahan guna kerusi.”

Sebagai seorang pesakit gout, adakah pelanggan kita akan membaca cerita ini sehingga habis?

Jika mereka mahukan jawapan, mereka akan membaca perenggan berikutnya.

3)        Desire

Keinginan untuk menyelesaikan masalah.

Dalam bahagian ini, kita boleh tunjukkan kepada pelanggan, bagaimana mereka boleh menyelesaikan masalah mereka.

Beritahu cara-cara kepada pelanggan untuk menyelesaikan masalah mereka.

Kemudian, perkenalkan produk kita kepada pelanggan.

Tunjukkan kelebihan-kelebihan yang dapat produk kita bantu untuk menyelesaikan masalah pelanggan kita.

Sebaiknya, tunjukkan satu kelebihan utama produk untuk menyelesaikan masalah utama pelanggan.

Berikan tawaran-tawaran meleleh yang membuatkan pelanggan berasa rugi jika tidak membeli produk kita.

Masukkan juga bonus atau produk percuma untuk pelanggan kita.

Ini akan membuatkan keinginan pelanggan kita membuak-buak untuk mendapatkan produk kita ini.

4)        Action

Akhir sekali adalah tindakan membeli daripada pelanggan.

Buat pelanggan membeli produk kita.

Dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil Call-to-Action.

“Bagaimana aku nak beli produk engkau ini?”

Tunjukkan cara untuk pelanggan mendapatkan produk kita ini.

Boleh jadi, pelanggan boleh membeli melalui:

a)   Facebook (PM).
b)  Mesej (SMS/Whatsapp).
c)   Call (Nombor Telefon).
d)  Laman Web (Link ke Website Jualan).

Dalam bahagian Action ini juga, masukkan sebab-sebab kenapa pelanggan perlu mendapatkan produk kita dengan segera.

Masukkan ‘elemen of urgency’ supaya pelanggan membuat pembayaran dengan segera.

*Elemen of Urgency – Perbuatan menyuruh seseorang bertindak dengan segera dalam tempoh masa atau bilangan kuantiti yang telah ditetapkan.

Sebagai contoh:

i)             Tawaran ini hanya SAH untuk 1 hari sahaja – iaitu 25/12/2015!
ii)           Ebook PERCUMA ini untuk 10 ORANG PEMBELI terawal sahaja!
iii)          TERHAD untuk 17 orang dan SAH sehingga 31 Disember 2015 sahaja!

--

Semoga perkongsian ini sedikit-sebanyak memberi gambaran kepada kita untuk menulis ayat iklan dengan lebih berkesan lagi.

Oh ya!

Sebelum saya terlupa.

Kami di Waizu Academy, ada mengadakan Promosi Akhir Tahun.

Promosi ini berlangsung dari 21 Disember 2015 sehingga 4 Januari 2016.

Di dalam pakej Promosi Akhir Tahun ini, anda boleh pelajari cara menulis ayat iklan dengan lebih detail lagi.
Bukan itu sahaja..

Kami juga kongsikan cara berkesan untuk menulis skrip mengunci jualan (skrip Closing).

Pakej Promosi Akhir Tahun ini sesuai untuk peniaga baru yang mahu menghasilkan jualan setiap hari secara konsisten melalui Internet.

Untuk 10 orang pembeli terawal, kami sediakan kod kupon untuk harga diskaun.

Masukkan kod KUPON;

hargadiskaun

Ke..


PS: Tawaran harga diskaun ini SAH untuk 10 orang sahaja!



Shahmi Hasifi
Penulis & Jurujual Ebook Sepenuh Masa
Co-Founder Waizu.My
Previous
Next Post »