Bagaimana menjual produk yang senang dijual?

“Sell the problem you solve, not the product,” – Kim Garst

Warren Buffett, seorang pelabur dan orang terkaya di dunia, pernah mengeluarkan kata-kata emas seperti ini;

(Kredit: startupquote.com)

“Price is what you pay. VALUE is what you get.”
==
Selesaikan Masalah Berikan Nilai Kepada Pelanggan
==

Satu-satu bisnes yang bagus adalah bisnes yang menyelesaikan masalah pelanggan dan menambah nilai hidup mereka.

Aiman Ismail, di dalam blog beliau, Aimanismail.net mengatakan rahsia penulisan ayat iklan yang power adalah menceritakan sesuatu nilai kepada pelanggan dengan menggunakan ‘bullet-point’.

Untuk hasilkan jualan, kita fahamkan pelanggan terlebih dahulu tentang nilai yang bakal mereka peroleh selepas menggunakan produk atau servis kita.

Oleh itu, bullet-point dalam penulisan Copywriting sangat berkesan untuk menghasilkan jualan.

==
Formula Berkesan Penulisan Bullet-Point
==

Bagi menambah pemahaman kita tentang bullet-point untuk menerangkan nilai produk, Aiman Ismail ada tunjukkan caranya.

Formula untuk penulisan bullet-point adalah:

“Bagaimana (kemahuan/masalah) dengan (ciri) tanpa (ketakutan).”

==
2 Syarat PENTING Penulisan Bullet-point
==

Kemudian, mahirkan diri untuk mengenali pelanggan dan produk.

1) Syarat Pertama – Kenal Pelanggan

Apakah masalah utama pelanggan?

Apakah penyelesaian yang pelanggan mahukan untuk masalah mereka?

Apakah ketakutan yang menghantui pelanggan ketika menghadapi masalah tersebut?

2) Syarat Kedua – Kenal Produk

Apakah kelebihan produk?

Apakah jaminan yang pelanggan dapat selepas membeli produk kita?

Bagaimana menggunakan produk tersebut?

Berapa harga produk tersebut?

Apakah selling-point untuk produk tersebut?

==
Kajian Kes – Produk Kuruskan Badan
==

Ambil contoh produk kuruskan badan.

Pertama sekali, kenal-pasti pelanggan kita:

1) Masalah utama pelanggan adalah sudah cuba pelbagai teknik kuruskan badan, tetapi masih gemuk.

2) Kemahuan pelanggan adalah mahu kurus dalam masa kurang 30 hari, kerana mahu berkahwin tidak lama lagi.

3) Ketakutan pelanggan adalah takut tidak sempat kurus sebab tidak cukup masa.

Keduanya, kenal-pasti produk:

1) Kelebihan produk : Kuruskan badan dalam masa 20 hari.

2) Jaminan produk : Badan kurus atau wang dikembalikan.

3) Cara guna : Semburkan di kawasan berlemak.

4) Harga produk : RM120.

5) Selling-point : Mudah digunakan.

==
Contoh Penulisan Menggunakan Bullet-Point
==

Cara yang betul menulis nilai dalam bentuk bullet-point adalah:

· Bagaimana anda boleh kuruskan badan dalam masa 20 hari dengan hanya semburkan spray sahaja.

· Bagaimana anda boleh menyelesaikan masalah kegemukan dengan kos serendah RM120 sahaja.

· Bagaimana dengan pelaburan RM120, anda boleh kurus dalam masa kurang 21 hari.

· Bagaimana kami bantu anda menguruskan badan dalam masa 20 hari atau wang anda kami pulangkan 100%.

--

Bagaimana menulis ayat iklan yang menjual?

Dan, membantu anda menghasilkan jualan segera dengan cepat & banyak?

1 Skrip Berkesan - Buat jualan segera dengan banyak dan cepat! membantu:

1) Menghasilkan duit segera (minimum) RM450 dalam masa kurang 3 hari.

2) Sesuai digunakan semasa keadaaan TERDESAK!

3) Mahu duit tunai dalam jumlah yang banyak dengan segera!!


Download skrip ini secara PERCUMA di sini --> http://blog.waizu.my/p/promosi.html
Previous
Next Post »