Iklan adalah alat bantu untuk memberitahu kepada pelanggan bahawa kita mempunyai produk yang boleh menyelesaikan masalah mereka.
Dengan iklan, kita dapat sampaikan maklumat produk kita kepada pelanggan.
Sering melakukan kesilapan ini semasa menulis ayat iklan?
Baca artikel ini untuk meningkatkan jualan bisnes kita..
==
5 Teknik Copywriting – Buat Pelanggan Tidak Sabar Membeli!
==
Di dalam ebook 5 Teknik Copywriting, Aqif Azizan ada menerangkan 5 cara untuk menulis ayat iklan yang membuatkan pelanggan tidak sabar untuk membeli.
1) Cipta Headline Yang Berpengaruh
Maksudnya, kita perlu menarik perhatian pelanggan untuk membaca iklan kita. Headline yang berpengaruh akan membuatkan pelanggan berhenti dan membaca iklan kita.
Danial Abdul Rahim ada menyatakan perihal pentingnya Headline ini di dalam ebooknya yang bertajuk 21 Template Headline Iklan.
Di dalam ebook tersebut, beliau kongsikan kenyataan daripada Eugene Schwartz, Breakthrough Advertising:
“Your headline has only one job, to stop your prospect and compel him to read the second sentence of your ad.”
Headline yang bagus adalah membuatkan sasaran pelanggan yang tepat membaca perenggan pertama.
Dan, tugas perenggan pertama adalah membawa pelanggan untuk membaca perenggan kedua dan seterusnya sehingga pelanggan membeli produk kita dengan tawaran yang kita beri.
2) Kumpul Ayat-ayat Berpengaruh
Tim Aqif Azizan, Write to Wealth sentiasa menyimpan dan mengabadikan ayat-ayat berpengaruh ini dalam koleksi mereka.
Kerana, ayat-ayat berpengaruh ini akan digunakan dalam kempen pemasaran mereka nanti.
Cara untuk mengumpul ayat-ayat berpengaruh ini adalah:
a) Kumpul ayat-ayat atau perkataan yang menarik perhatian kita ketika kita sedang membaca post-post di Facebook, tajuk-tajuk di surat khabar, artikel-artikel di majalah atau blog.
b)Ketika sedang menonton televisyen, perhatiankan perkataan-perkataan yang menarik perhatian kita melalui sari kata atau subtitle yang dimainkan. Ia juga membantu dalam penulisan ayat jualan kita nanti.
3) “Assume the reader knows nothing. But, don’t assume the reader is stupid.” – Ann Handley
Tugas kita sebagai penulis iklan adalah memudahkan pelanggan faham dengan iklan yang kita tulis.
Untuk memudahkan pelanggan memahami ayat jualan yang kita tulis, anggap pelanggan kita sebagai seorang “kanak-kanak”.
Apabila kita sudah setkan di dalam minda bahawa ayat yang akan kita tulis untuk seorang “kanak-kanak”, kita tidak akan menulis ayat-ayat yang berlebihan, hype dan bombastik.
Sebaliknya, kita akan menulis ayat-ayat yang pelanggan mahu baca.
Ini memberi kelebihan kepada pelanggan untuk memahami maksud yang kita mahu sampaikan dalam bahasa yang lebih mudah.
4) Guna Ayat Bermaklumat, Pelanggan Lebih Suka
Aqif Azizan menegaskan, ayat yang mengandungi unsur-unsur ‘mengajar’ adalah tidak digalakkan digunakan kepada pelanggan.
Untuk itu, kita gunakan perkataan bermaklumat.
Iaitu, perkataan-perkataan yang tidak kelihatan seperti perkataan yang mengajar.
Sebaliknya, beri tumpuan dalam pembinaan ayat yang berkait di antara penulis dengan pelanggan.
“Kita”, adalah perkataan yang sesuai untuk kaitkan penulis dengan pelanggan. Ia lebih kepada perkataan yang bermaklumat. Sebagai contoh,
“Jika kita mahu jadi kaya, kita boleh bermula dengan berniaga.”
5) Ayat Iklan Yang Berkesan Adalah Mempunyai Formula
Untuk menulis ayat iklan yang berkesan, terdapat formula yang digariskan oleh Aqif Azizan dalam ebook 5 Teknik Copywriting.
Jika kita mempunyai olahan ayat yang bagus, tetapi tidak mempunyai sistem penulisan yang bagus, pelanggan tidak membaca iklan kita.
Antara sistem penulisan ayat iklan yang bagus adalah:
1) Headline
2) Cerita Masalah
3) Memperkenalkan Produk
4) Kelebihan Produk
5) Bonus / Produk Percuma
6) Call-to-Action (CTA)
7) Jaminan (Pulangan wang 100%)
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
--> Tengah cari cara buat jualan segera dengan banyak?
Kuasai skrip berkesan yang betul-betul membantu anda menghasilkan duit tunai sekurang-kurang RM250-RM450 dalam masa kurang 7 hari!
Sesuai digunakan semasa dalam keadaan;
1) TERDESAK!
2) Mahukan wang tunai segera!
3) Dalam kuantiti yang banyak!!
Skrip ini adalah skrip PERCUMA!
Anda boleh download di sini --> Skrip Jualan Segera
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon