3 Tip – Kurangkan Kos, Tingkatkan Jualan & Survive!!

Kredit gambar: Google Image

Jualan adalah sebahagian daripada bisnes.

Tanpa jualan, sukar untuk pemilik bisnes membayar kos-kos pemasaran dan terus hidup dalam dunia perniagaan.

John H. Dean, ada jawapan untuk itu..

==
3 Tip Tingkatkan Jualan Anda!
==

Di dalam artikel ’10 Tips to Improve Your Sales Performance’, John H. Dean tunjukkan kepada kita 3 tip utama untuk kurangkan kos jualan, tingkatkan jualan seterusnya terus hidup dalam bisnes!!

Apa yang boleh kita pelajari daripada artikel ini adalah:

1)      Jelas Dengan Matlamat Jualan

Pertama sekali, sebelum kita membuat sebarang jualan, pastikan kita jelas dengan matlamat jualan yang kita mahu capai.

a) Apakah produk terbaik yang kita ada?

b) Siapa yang perlukan produk kita?

c) Bagaimana kita mahu ‘approach’ prospek supaya membeli produk kita?

d) Berapa banyak pelanggan sanggup bayar untuk membeli produk kita?

Jika kita masih tidak dapat menjawab soalan-soalan di atas, ambil sedikit masa untuk kita jelas dengan matlamat jualan kita.

2)      Tulis Matlamat Yang Lebih Spesifik

Pecahkan matlamat jualan tersebut kepada matlamat yang lebih kecil.

Contohnya, berapa banyak jualan untuk sebulan, jumlah per jualan dan keuntungan untuk setiap jualan.

Selain itu, pecahan matlamat jualan boleh juga ditulis dalam bentuk berapa banyak aktiviti jualan yang boleh kita buat.

Contohnya, berapa ramai prospek yang kita mahu jumpa dalam sebulan, promosi setiap hari dan follow-up pelanggan setiap minggu.

3)      Jual Kepada Pelanggan Yang Memerlukan

Tip ketiga yang perlu kita patuhi adalah selalu andaikan prospek kita akan membeli produk/barang yang mereka perlu sahaja.

Bagaimana kita mahu yakinkan prospek supaya membeli barang/produk yang mereka mahu sahaja?

Tunjukkan kepada prospek atau pelanggan kita tentang kelebihan produk kita. Di mana, produk kita mampu mengurangkan kos dan menyelesaikan masalah utama mereka.

--> PERCUMA!!

1 Skrip Berkesan - Buat jualan segera dengan banyak dan cepat! untuk terus SURVIVE!!

Skrip ini membantu anda:

1) Menghasilkan jualan segera dalam keadaan TERDESAK perlukan duit sangat-sangat!

2) Sesuai digunakan semasa mahukan wang tunai yang banyak dalam masa yang singkat.

3) Boleh hasilkan wang tunai sebanyak RM250 - RM450 dalam masa kurang 3 hari!!

Skrip ini adalah skrip PERCUMA!! (harga asal bernilai RM250)

Untuk download skrip ini, klik sini --> Skrip Jualan Segera

PS: JAMINAN! Jika tidak berpuas hati dengan skrip ini, boleh meminta pulangan wang 100% dalam masa 90 hari!!
Previous
Next Post »