Kredit gambar: izquotes.com
Headline
adalah petugas pertama yang membawa pelanggan terus ke iklan.
Tanpa headline,
sukar untuk kita membuat jualan kerana tidak ramai membaca iklan kita.
5
teknik ini bakal merubah corak jualan kita.
Kuasai 5 teknik ini, headline kita
akan menjadi perkara pertama pelanggan akan baca..
==
5 Teknik Buat Headline Dibaca
Pelanggan
==
Perkongsian
ilmu yang dilakukan oleh Aqif Azizan dan Asyrat Azizan memberi kesan yang besar
kepada bisnes kita.
Kerana,
di dalam ebook Formula Headline Best-seller, mereka berdua ada menceritakan 5
teknik yang berkesan untuk menarik perhatian pelanggan membaca iklan kita dalam
masa kurang 3 saat.
Teknik-teknik
ini adalah:
1) 80% iklan dibaca disebabkan HEADLINE
Perkara
utama dalam penulisan iklan adalah headline.
Tumpukan 80% penulisan kepada
pembinaan headline.
Walaupun ayat iklan kita bagus, tetapi headline tidak dapat
memainkan peranannya, iklan kita tidak akan dibaca.
2) 500% tugas menarik perhatian PERTAMA pelanggan adalah
tugas HEADLINE
Berdasarkan
kata-kata Peter daripada Upworthy, Headline merupakan peluang keemasan untuk
menarik perhatian pelanggan.
Tugas
headline adalah memastikan pembaca mula membaca bahan yang kita tulis.
Dan,
mempengaruhi pembaca supaya mereka menghabiskan bahan bacaan yang kita tulis.
3) Seramai 36% pelanggan suka membaca Headline yang
mengandungi nombor di hadapan
Conductor,
sebuah entiti yang melakukan kajian terhadap headline.
Mereka mengkaji
sebab-sebab mengapa pelanggan boleh tertarik dengan headline yang ditulis.
Antara
sebabnya, pelanggan lebih cenderung membaca headline kita yang mengandungi
nombor.
Tambahan
lagi, peratusan boleh naik menjadi kepada 39% apabila golongan wanita yang
membaca headline yang mengandungi nombor tersebut.
4) 21% pelanggan suka headline yang bercakap dengan mereka
Iaitu,
Headline yang kita tulis itu sedang berdialog dengan pelanggan kita.
Ia
akan menjadikan headline kita hidup dan bercakap dengan pelanggan.
Pelanggan
pula tidak berasa mereka seperti bercakap dengan robot apabila membaca headline
kita.
Oleh
itu, tulis headline seperti kita sedang bercakap dengan pelanggan.
Pilih
perkataan yang sesuai dan sentiasa berhati-hati ketika hendak mempersembahkan
headline kepada mereka.
5) 17% pelanggan suka ditunjukkan cara untuk melakukannya
Headline
sebegini berkesan untuk dipersembahkan.
Kita ringankan beban masalah yang
dihadapi oleh pelanggan dengan menunjukkan cara melakukan sesuatu penyelesaian
dalam headline kita.
Di
Google, pembaca (orang yang mempunyai masalah) akan mencari tip dan cara-cara
untuk menyelesaikan masalah mereka.
Apabila
headline kita menunjukkan cara penyelesaian, kita sudah memberi 90% gambaran
kepada pelanggan bahawa kita sudah menyelesaikan masalah mereka.
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon