5 Tip Penulisan Sales Closing Berkesan (Bahagian 2)

Kredit gambar : Google Image

Saya tertarik dengan cara Closing yang ditunjukkan oleh Reza Wahyu, seorang penulis blog di ekonomi.kompasiana.com.

Cara yang ditunjukkan sedikit berbeza dengan cara Closing yang lain.

Apa yang beliau sampaikan adalah:

1) Ketika mengunci jualan, kita tidak perlu meminta-minta pelanggan supaya membeli

Teknik ini adalah teknik mengunci jualan dalam diam.

Di mana, kita tunggu pelanggan membeli tanpa memaksa.

Teknik ini banyak digunakan oleh syarikat gergasi, Apple ketika mereka memasarkan iPhone.

Syarikat Apple banyak menunjukkan kelebihan-kelebihan yang ada pada iPhone di dalam pengiklanan.

Pelanggan sendiri dengan senang hati membeli iPhone selepas melihat iklan-iklan iPhone.

2) Bertanya kepada pelanggan

Ketika mengunci jualan, banyak bertanya soalan kepada pelanggan.

Apakah masalah utama pelanggan?

Bagaimana kita boleh membantu pelanggan untuk menyelesaikan masalah mereka? 

Bertanya kepada pelanggan jika mereka berminat dengan produk kita untuk menyelesaikan masalah utama mereka.

3) Gunakan testimoni pelanggan terdahulu untuk mengunci jualan

Jika pelanggan masih berasa ragu-ragu dengan produk kita, kunci pelanggan dengan testimoni pelanggan yang berjaya.

Jika boleh, dapatkan testimoni orang yang berautoriti dalam bidang bisnes kita.

Ini menguatkan lagi pengaruh kita untuk pelanggan percaya dengan kita.

4) Beri pelanggan pilihan

Jalan terakhir sekiranya teknik mengunci jualan dengan testimoni tidak berhasil, beri pilihan kepada pelanggan untuk memilih.

Mungkin produk atau servis pertama kita tidak sesuai dengan pelanggan.

Jadi, beri beberapa pilihan produk atau servis yang lain untuk pelanggan memilih.

Mungkin salah satu daripada pilihan produk atau servis kita itu dapat menarik minat pelanggan untuk membeli.

5) Had masa untuk membeli

Apabila pelanggan sudah memilih produk yang mereka mahu beli, berikan had masa kepada mereka supaya membuat pembayaran dengan cepat.

Antara strategi had masa yang boleh kita gunakan adalah:

a) Beri potongan harga jika membuat pembayaran pada hari ini. Bayar esok, harga akan kembali menjadi harga asal.

b) Tanpa mengurangkan harga, beri bonus untuk pembelian hari ini. Jika bayar esok, bonus sudah tiada.

--> Susah buat FOLLOW-UP?

"Apabila buat follow-up, ramai prospek senyap!" - Bukhari Ramli

Panduan Penting Follow Up - Tingkatkan Jualan Minima 30% ini membantu anda:

1) Membuat follow-up kepada pelanggan lama dan sedia ada tanpa perlu membuat mereka menyampah dengan anda

2) Prospek dan pelanggan lebih suka dengan cara follow-up anda kerana sudi membantu menyelesaikan masalah yang sedang mereka hadapi sekarang!

Previous
Next Post »