Sebelum kita
membuat sebarang aktiviti mengunci jualan kepada pelanggan, kita kuasai 3
perkara utama ini.
a) Kita
tahu masalah pelanggan dan jalan penyelesaiannya.
b) Kita
buatkan pelanggan percaya dengan kita.
c) Berikan
tawaran kepada pelanggan premium.
==
3 Strategi – Bagaimana Hasilkan Income Dengan Masalah Pelanggan
==
Untuk meningkatkan
jualan, Mohd Fathuallah ada berkongsi 3 strategi yang boleh kita guna sebagai
senjata Closing.
3 strategi ini
dikongsi bersama pembaca di dalam blog beliau, blog.fathuallah.com:
1)
Penuhi Masalah Pelanggan
Dengan kata lain,
penuhi permintaan pelanggan.
Contohnya, jika
pelanggan mahukan servis minisite, kita sediakan servis minisite.
Jika
pelanggan mahukan servis Facebook Ads, kita sediakan servis Facebook Ads.
Mohd Fathuallah
menegaskan, sekiranya pelanggan tidak berminat dengan produk atau servis yang
kita tawarkan, nescaya tiada proses duit masuk ke dalam bisnes kita.
Tip berharga
daripada Mohd Fathuallah, dengar masalah pelanggan dan cuba selesaikan masalah
mereka.
Pelanggan akan tertarik untuk mendapatkan produk atau servis
perkhidmatan kita.
2)
Beri Kepercayaan Kepada Pelanggan
Yakinkan pelanggan
untuk percaya dengan kita.
Kerana, pelanggan
lebih suka berurusan dengan orang yang mereka kenal dan percaya.
Jika kita
menjadi orang pertama yang mereka kenal, apa yang perlu kita buat?
Bina hubungan baik
dengan pelanggan.
Cipta jenama yang mudah diingati oleh pelanggan.
Apabila pelanggan
kita mempunyai masalah, perkara pertama yang terlintas di dalam kotak pemikiran
mereka adalah jenama kita.
3)
Hargai Pelanggan Premium
Bagi peniaga yang
mempunyai database pelanggan, mudah
untuk kita lakukan follow-up kepada
pelanggan.
Sebagai contoh,
sempena hari lahir pelanggan, kita hantar kad ucapan hari lahir atau SMS kepada
pelanggan.
Ini memberi
gambaran kepada pelanggan, bahawa kita menghargai mereka dan sedar tentang
kewujudan mereka.
Lantas, naikkan
jualan dengan memberi tawaran diskaun kepada pelanggan:
“Sempena hari lahir
<nama pelanggan>, kami tawarkan diskaun sebanyak 35% untuk produk ABC.
Tambahan lagi, <nama pelanggan> tidak perlu membayar kos penghantaran.
Kami belanja sebagai hadiah birthday. <nama pelanggan> mahu bayar melalui
Maybank atau CIMB?”
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon