9 Cara Buat Pelanggan Tertarik Mahu Membeli Produk Atau Servis Anda



Bagaimana buat 10 orang pertama membeli produk anda selepas aktiviti mengunci jualan?

Memetik kata-kata Faris Azaki di dalam blog Farisazaki.com;

“Manusia membeli kerana mereka, (1) kenal dan percaya pemilik produk atau jenama sesuatu syarikat. Dan, (2) mereka faham nilai atau ‘benefit’ yang mereka bakal dapat selepas membeli produk kita.”

==
RAHSIA Berjaya Sales Closing – Bantu pelanggan menyelesaikan masalah utama mereka!
==

Saya tertarik untuk berkongsi dengan apa yang penulis blog Usahawan.com katakan.

Untuk menawan hati pelanggan supaya membeli produk kita, amalkan nilai ‘Takaful’ ketika mengunci jualan.

Takaful bermaksud saling membantu.

Dalam konteks ini, takaful adalah membantu pelanggan menyelesaikan masalah mereka.

Dan, pelanggan membantu pemilik produk mengunci jualan dengan membeli produknya.

==
9 Tip Buat Pelanggan Tertarik Mahu Membeli Produk Dan Servis Kita
==

Ketika mengunci jualan, formula yang boleh digunakan untuk membantu pelanggan adalah:

1) Ucapkan “Terima kasih” kepada pelanggan kerana berminat dengan produk dan doakan pelanggan dengan doa-doa yang baik.

2) Tunjukkan cara bagaimana kita boleh membantu menyelesaikan masalah pelanggan.

3) Tunjukkan cara dalam bentuk bullet-point.

4) Setiap point, terangkan ringkasan bagaimana kita menyelesaikan masalah pelanggan.

5) Beri gambar atau tunjuk testimoni pelanggan yang sudah menggunakan produk kita dan berpuas hati.

6) Tunjukkan harga. Kalau boleh, beri tawaran harga yang lebih murah daripada harga asal sekiranya pelanggan membeli pada hari tersebut.

7) Yakinkan pelanggan dengan JAMINAN pulangan wang 100%. Jika tidak berpuas hati dalam masa 60 hari, boleh minta duit dikembalikan.

8) Tawarkan bonus atau produk percuma kepada pelanggan. Ini menunjukkan pelanggan tidak mendapat satu produk. Tetapi, mendapat 2-3 produk dalam satu harga.

9) Tunjukkan cara pembelian agar pelanggan boleh membuat pembayaran dengan mudah dan cepat.
Previous
Next Post »