Di dalam artikel yang ditulis oleh Aqif Azizan di Wallpost beliau,
Tom Managhan telah membuka cawangan Domino's Pizza di kawasan kampus kolej.
Kenapa Tom Managhan memilih lokasi kampus?
Terima kasih kepada Aqif Azizan kerana sudi berkongsi ilmu ini bersama dengan kita.
==
Ramai pelajar kolej lapar
==
Di dalam artikel ini lagi, Aqif Azizan bercerita lagi..
Menurut kajian yang dibuat oleh Tom Managhan, golongan pelajar kolej adalah mereka yang sukakan pizza.
Bukan itu sahaja..
Ketika itu juga, isu pelajar kolej dan ganja sedang hangat diperkatakan.
Di mana, apabila pelajar kolej tersebut telah mengambil ganja, mereka berasa lapar.
Jadi, Tom Managhan berasa ini satu peluang yang baik.
Kerana, Tom Managhan telah menemui 'hungry crowd' (golongan/pasaran yang lapar).
Pelajar kolej suka makan pizza. Lepas mereka ambil ganja, mereka akan lapar dan makan pizza.
==
3 Pengajaran Penting Daripada Kisah Tom Managhan
==
1) Pada awal bisnes Domino's Pizza, mereka tidak menjual kepada semua orang (mass market).
2) Mereka tidak mahu ramai orang yang menjadi pelanggan mereka.
3) Sebaliknya, mereka menjual pizza kepada spesifik pelanggan dan yang berpotensi akan membeli pizza mereka.
Kesimpulannya, kita tidak perlu menjual produk kepada semua orang.
Sebaliknya, cari pelanggan yang benar-benar 'lapar' dan mahukan produk kita dengan segera.
==
3 Aktiviti ini membantu kita mencari pelanggan yang lapar
==
Aqif Azizan telah membantu kita mencari pelanggan yang 'lapar' dengan cara:
1) Aktiviti #1
Senaraikan 1 pelanggan spesifik kita:
Pelanggan utama saya adalah _________________________________.
2) Aktiviti #2
Senaraikan 1 tempat di mana pelanggan spesifik kita selalu berada:
Pelanggan utama saya selalu melepak di ____________________________.
3) Aktiviti #3
Tegas Aqif Azizan,
"Pergi dapatkan mereka (pelanggan utama kita ini) :-)"
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon