17 Cara menulis iklan yang pelanggan mahu baca

17 Cara menulis iklan yang pelanggan mahu baca


1) Untuk mendapat kesan melalui iklan yang kita buat, ia bukan berkaitan dengan diri kita ataupun produk yang yang kita mahu jual.

2) Sebaliknya, ia berkaitan dengan diri pelanggan – 100%!

3) Perkongsian ilmu ini diambil daripada nota Copywriting Aqif Azizan berkaitan Bagaimana tulis ayat iklan yang sama seperti apa yang pelanggan kita mahu?

4) Bagaimana kita mahu menulis seperti apa yang pelanggan mahukan?

5) Kita belajar daripada kajian kes Neil Patel.

6) Pada suatu hari, Neil Patel telah menerima emel daripada salah seorang prospek beliau.

7) Soalan yang beliau terima, dirasakan ‘soalan bodoh’ pada kebanyakan orang.

8) Soalannya, “Apakah maksud title tag?”

9) Neil Patel menerangkan maksud title tag dalam bahasa yang lebih mudah.

10) Apa yang Neil Patel balas kepada prospeknya adalah;

11) “Title tag ada cara seperti memberitahu enjin carian seperti Google tentang laman web kita. Fungsi tite tag ini seperti tajuk buku. Apabila kita mencari di enjin carian Google, perkataan yang berwarna biru itu adalah title tag.”

12) Apa yang kita boleh belajar daripada kajian kes Neil Patel ini?

13) Bukan semua orang faham dengan jargon-jargon perkataan yang bukan menjadi kebiasaan bagi mereka.

14) Sentiasa menjadi diri pelanggan.

15) Cuba sampaikan maksud yang lebih mudah difahami oleh pelanggan kita.

16) Tegas Aqif Azizan, sentiasa mengingati frasa ini ketika mahu menulis iklan kepada pelanggan,

17) “Bagaimana saya mahu terangkan kelebihan produk kepada budak berumur 
5 tahun?”

Previous
Next Post »