Bagaimana mahu mengenali pelanggan dengan lebih dekat lagi?

3 Formula - Kenal pelanggan dengan lebih dekat lagi

Pelanggan adalah nadi bisnes.

Kerana, pelanggan yang membawa wang masuk ke dalam poket bisnes kita.

Tanpa pelanggan, seorang peniaga susah untuk bertahan lebih lama lagi.

==
Bagaimana mahu menulis iklan yang mendapat respons pelanggan?
==

Sebelum kita menulis iklan, kita perlu mengenali pelanggan kita dahulu.

Hal ini kerana, kita mahu kurangkan kos iklan tidak berjaya.

Dan mahu dapatkan lebih banyak respons daripada pelanggan (pelanggan membeli produk kita).

Antara 3 tip untuk mengenal pelanggan sebelum menulis iklan adalah:

==
3 Tip Kenal Pelanggan Sebelum Menulis Iklan
==

Kami kreditkan kembali 3 tip ini kepada Tuan Aqif Azizan di atas perkongsian ilmu beliau di dalam group Telegram beliau.

3 Tip Kenal Pelanggan Sebelum Menulis Iklan - Iklan tak rugi, malah dapat untung daripada pelanggan!

1) Tip #1

Siapa pelanggan yang kita mahu jual.

Buat keputusan, kepada siapa kita mahu menjual produk kita.

Kenal dengan lebih mendalam, siapa pelanggan kita yang patut menggunakan produk kita.

2) Tip #2

Bahasa pelanggan yang pelanggan selalu guna.

Selepas sudah kenal pelanggan mana yang sesuai dengan produk kita, kenal pasti darjat bahasa yang pelanggan selalu guna.

Iaitu, bahasa pertuturan yang biasa pelanggan guna seharian.

Sebagai contoh, bahasa doktor untuk sakit lutut adalah osteoarthritis.


Bagi orang yang mengalami sakit lutut, mereka biasa guna "Saya sakit lutut, doktor."

3) Tip #3

Tawaran yang tidak boleh ditolak oleh pelanggan.

Bagi pelanggan membuat keputusan untuk membeli produk kita berbanding mereka membeli produk orang lain.

Dengan cara, menawarkan penyelesaian dan tawaran yang tiada pada orang lain, tetapi ada pada produk atau servis kita.
Previous
Next Post »