6 Strategi – Bagaimana mencari apa yang pelanggan mahu beli daripada anda!


Mengunci jualan bukan sekadar kita berjaya membuat jualan.

Sebaliknya, banyak faktor yang perlu kita ketahui tentang pelanggan.

Apabila kita sudah kenal dengan pelanggan, mudah sedikit untuk kita mengunci jualan tanpa memaksa pelanggan membeli produk kita.

==
6 Strategi ini membuatkan anda tahu kemahuan sebenar pelanggan anda!
==

6 strategi ini saya belajar dengan Adhadi Mohd, pemilik blog Adhadi.com:

1) Strategi #1

Sebagai seorang peniaga, kita perlu sentiasa positif dan kelihatan bersemangat ketika mengunci jualan bersama pelanggan.

Apabila kita sentiasa senyum dan bergembira, pelanggan akan mudah berasa seronok apabila berurusan dengan kita.

Jika kita amalkan sikap sambil lewa dan sekadar melayan sahaja, pelanggan akan kurang selesa dan tidak mahu berurusan dengan kita lagi.

2) Strategi #2

Tahu keperluan pelanggan.

Sebagai pemilik produk, kita tidak boleh sekadar menjual produk syok sendiri.

Takut tiada pelanggan yang mahu membelinya.

Sebaliknya, kita perlu sentiasa bertanya soalan dan mendengar jawapan daripada pelanggan untuk memenuhi keperluan, kehendak dan kemahuan mereka.

Daripada situ, kita akan mencipta produk yang pelanggan mahu. Bukan produk yang kita mahu pelanggan beli.

Mungkin kita menjual produk jenis A. Tetapi, keperluan sebenar pelanggan adalah produk jenis B.

3) Strategi #3

Kenapa pelanggan perlu membeli produk kita?

Kerana, mereka faham nilai sesuatu produk atau servis kita dapat menyelesaikan masalah utama mereka.

Terangkan nilai sebenar bagaimana produk kita dapat membantu menambah nilai hidup mereka dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi sekarang.

4) Strategi #4

Pelanggan lebih yakin dan percaya membeli dengan orang yang mereka kenal.

Bagaimana caranya untuk membuat pelanggan berasa yakin dan selamat untuk berurusan dengan kita?

JANGAN TERUS MENJUAL!

Sebaliknya, wujudkan hubungan persahabatan dengan pelanggan.

Berkawan dahulu dengan pelanggan.

Cara paling pantas adalah berkongsi maklumat dan membantu pelanggan secara percuma.

Mungkin pada awalnya nampak seperti merugikan.

Sebenarnya, kita sedang membina hubungan yang memberi keuntungan dalam jangka masa panjang.

Dalam bahasa bisnesnya, membina pembeli setia atau ‘repeated-customer’.

5) Strategi #5

Selain menjual produk, kita boleh tawarkan nilai yang lebih kepada pelanggan.

Maksudnya, pelanggan bukan sekadar membeli, tetapi mendapat lebih faedah daripada pembelian tersebut.

Sebagai contoh, apabila membeli produk kita, mereka mendapat beberapa produk percuma sebagai tambahan kepada produk utama.

Atau, kita berikan bonus kepada pembeli.

Ini meningkatkan lagi keyakinan kepada pelanggan untuk menerima tawaran yang kita sediakan untuk mereka.

6) Strategi #6

Tahu tahap ekonomi pelanggan.

Salah satu faktor kenapa ramai pembeli tidak membeli produk kita adalah kerana faktor kewangan.

Bukan semua orang yang mahu selesaikan masalahnya mempunyai kewangan yang cukup.

Jadi, cuba letakkan harga mampu milik kepada pelanggan agar mereka mampu untuk membeli.

Dalam masa yang sama, kita tidak menanggung rugi.

Antara teknik yang boleh kita gunakan untuk mengatasi masalah kewangan adalah:

a)      Guna strategi ‘Sense of Urgency’

Tawarkan harga yang lebih murah daripada harga asal dalam kuantiti dan tempoh masa yang terhad.

Sebagai contoh; “Harga diskaun untuk produk ABC ini hanya SAH untuk 7 orang TERAWAL sahaja! Dan, akan tamat pada 12 April 20XX ini!!”

b)      Masukkan produk utama sebagai produk percuma

Guna strategi tidak mengurangkan harga.

Sebaliknya, kita beri lebih nilai tambah kepada pelanggan.

Sebagai contoh;

“Untuk setiap pembelian produk XYZ, anda berpeluang mendapat produk ABC* yang bernilai RMXXX secara PERCUMA!!”


*Produk ABC asalnya adalah produk utama dan produk keperluan pelanggan, dimasukkan sebagai produk percuma.


MAHU kami tunjukkan cara termurah untuk membuat jualan?


X Tidak perlu keluarkan bajet membuat Facebook Ads

X Tidak perlu susah-susah buat Google Adword

Yang penting, JIMAT kos pemasaran, tingkatkan jualan sebanyak 30% daripada jualan bulan lepas!

--> KLIK SINI
Previous
Next Post »