Setiap manusia, mempunyai
emosi di dalam diri mereka. Jika kita melayan pelanggan dengan baik, pelanggan
juga akan melayan kita dengan baik. Jika kita melayan pelanggan secara ala kadar,
takut-takut pelanggan menyampah mahu berurusan dengan kita lagi.
Oleh itu, cuba layan pelanggan sebagai seorang manusia.
Bukan sebagai sebuah robot.
==
6 Tip Kunci Jualan Secara Sempoi Di Facebook
==
Layan pelanggan seperti kawan. Bersahaja dan tidak nampak
seperti kita membaca skrip.
6 tip ini memberi peluang kepada kita untuk mengunci jualan
secara sempoi di Facebook, tanpa perlu paksa-paksa pelanggan untuk membeli
produk kita.
Saya kreditkan kepada penulis blog www.fahira.my, Fahira Fauzi kerana sudi
berkongsi 6 tip ini kepada kita.
=====
Tip #1
=====
Jadikan pelanggan sebagai rakan di Facebook.
Add pelanggan yang berminat dengan produk kita selepas
mendapat PM daripada mereka. Apabila sudah menjadi rakan, mudah untuk kita
bertanya khabar, berkongsi maklumat dan membina keyakinan pelanggan terhadap
diri kita.
=====
Tip #2
=====
Guna bahasa berkawan-kawan.
Mudahkan? Apabila kita berinteraksi dengan pelanggan, cuba
bercakap secara bersahaja. Seperti kita bersembang dengan keluarga,
sanak-saudara dan kawan-kawan sekolah. Adakah kita menggunakan skrip ketika
bersembang dengan kawan-kawan?
=====
Tip #3
=====
Banyakkan senyuman dalam mengunci jualan.
Senyuman adalah satu sedekah. Apabila kita rajin bersenyum,
semakin banyak rezeki yang masuk ke dalam kehidupan kita. Begitu juga apabila
mengunci pelanggan di Facebook. Gunakan ikon ‘smiley’ dihujung setiap ayat
jualan kita.
Di sini, kita mewujudkan suasana selesa dan mesra semasa proses
closing berlaku. J
=====
Tip #4
=====
Kuasai perkataan-perkataan yang disukai pelanggan.
Buat kajian ke atas pelanggan kita sebelum membuat aktiviti
Sales Closing. Sebagai contoh, perbezaan jantina memberi impak ketika kita
sedang mengunci pelanggan.
Contohnya, pelanggan lelaki lebih tertarik dengan perkataan “JIMAT”.
Manakala, pelanggan perempuan pula lebih tertarik dengan perkataan “DISKAUN”.
=====
Tip #5
=====
Tahu kelebihan dan kekuatan produk.
Selain pelanggan, produk juga memainkan peranan penting ketika
aktiviti closing sedang berlaku. Kerana, terdapat segelintir pelanggan yang
gemar bertanya tentang produk sebelum mereka membeli. Di sini, kita perlu
kuasai kelebihan dan kekuatan produk apabila pelanggan bertanya.
Antara soalan yang gemar ditanya oleh pelanggan adalah
kandungan produk, kelebihan produk, cara guna produk, siapa pengguna yang boleh
guna dan harga produk tersebut.
=====
Tip #6
=====
Beri jaminan yang tidak boleh pelanggan menolaknya.
Jangan biarkan pelanggan kita lari kepada pemilik produk
yang lain. Ikat ketat-ketat pelanggan kita dengan memberi jaminan pulangan wang
100% sekiranya tidak berpuas hati, memberi kupon diskaun untuk pembelian kali
kedua, ebook percuma, atau sesi konsultansi secara percuma selama 6 bulan.
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon