Terpulang
kepada individu itu sendiri. Sebaik sahaja terlintas niat untuk menulis sebuah
ebook, sebenarnya telah ada satu jawapan kepada sesuatu persoalan. Saya ingin
mengambil contoh ‘A’ sangat meminati bidang nyanyian.
Dan beliau
mempunyai teknik dan rahsia bagaimana untuk menjadi penyanyi bagai Siti
Nurhaliza. Secara tidak langsung, timbul tajuk ebook iaitu ‘Rahsia Nyanyian
Siti Nurhaliza Kini Terdedah!’ Oleh itu, pilih tajuk yang ingin dikupas
mengikut isu-isu yang sesuai.
‘Tiada Idea Bukan Lagi Alasan’
Setiap
penulis ebook mempunyai latarbelakang yang berbeza-beza. Untuk menjadi penulis
ebook yang unik, cari perbezaan di antara penulis-penulis ebook yang sedia ada.
Pembaca dapat mengenalpasti secara spontan sekiranya penulis ebook mempunyai
identitinya yang tersendiri.
Pemilihan
tajuk tidak semestinya memerlukan penulis ebook itu menjadi pakar. Ibarat
penulis menjawab persoalan daripada wartawan. Sekiranya penulis mempunyai
jawapan yang bagus, maka ebook tersebut mempunyai isi kandungan yang
berkualiti.
Oleh itu,
isu penulis perlu menjadi pakar dalam bidang tulisannya adalah tidak benar sama
sekali. Namun ianya akan menjadi bonus sekiranya penulis ebook itu seorang
pakar dalam bidang yang diceburinya.
3 Jurus
Wajib Penulis Ebook Kuasai!
Jurus #1:
Draf Kasar
Pada
peringkat pertama, draf kasar sangat penting agar penulis ebook dapat mencatat
segala maklumat. Maklumat ini termasuklah melalui pembacaan, pemerhatian,
pengalaman dan sebagainya. Penulis yang professional akan mengambil segala
peluang untuk mencatat.
Jurus #2:
Draf Sederhana
Dalam
peringkat kedua, draf ini dinamakan draf sederhana. Ini adalah kerana peringkat
ini lebih halus berbanding peringkat pertama. Penulis mula mencatat hanya
perkara-perkara yang penting sahaja. Perkara yang kurang penting perlulah
ditukar atau dibuang terus daripada penulisan.
Jurus #3:
Draf Halus
Dan akhir,
peringkat draf halus ini memerlukan penulis ebook menghalusi penulisannya. Ini
dapat memberikan semakan yang lebih teliti. Penulis juga boleh menambah isi
kandungan supaya tampak lebih mantap.
‘Teknik
Super Reviewer”
Untuk
menjadikan ebook lebih sempurna bukan hanya di mata penulisnya, namun kepada
masyarakat. Khususnya kepada bakal pembaca ebook itu sendiri. Penulis ebook
perlu mengambil langkah drastik. Teknik ini dinamakan ‘Teknik Super Reviewer’.
Teknik Super
Reviewer adalah teknik di mana penulis ebook memilih 5-10 orang pembaca.
Penulis ebook perlu memberikan draf lengkap ebook yang ditulis. Perkara ini
adalah untuk menerima sebarang komen, idea, cadangan, kritikan dan sebagainya.
Teknik Super
Reviewer ini penting kerana penulis ebook dapat mengenalpasti kelemahan dan
kesilapan daripada sudut yang berbeza. Oleh itu, penulis ebook dapat menjadikan
kelemahan dan kesilapan tersebut menjadi kelebihan dan kekuatan pada ebook yang
ditulis.
Laungan Si
Penulis Ebook
Apabila
segala proses telah dilalui, tibalah saat di mana ebook telah tercipta. Bagi
penulis ebook, peringkat ini adalah peringkat yang melegakan. Umpama sesuatu
bebanan di kepala dapat dilepaskan. Hanya tinggal peringkat untuk mencari bakal
pembeli.
Terdapat
pelbagai cara untuk memasarkan ebook. Antara cara-cara yang biasa dilakukan
oleh pakar-pakar penulis ebook adalah:
- · Melalui Pemasaran Email
- · Melalui Pemasaran Facebook
- · Melalui Pemasaran Joint Venture
- · Melalui Pemasaran Affiliate
- · Melalui Pemasaran Blog
- · Melalui Pemasaran Iklan Berbayar / Iklan Percuma
Akhir kata,
penulisan ebook ini tidak memerlukan modal yang besar. Hanya memerlukan idea
dan komitmen si penulis ebook. Dan sebelum menulis ebook, ingat pesanan ini
‘Tulislah Ebook Seikhlas Hati Untuk Membantu, Nescaya Ia Adalah Sedekah Walau
Sesudah Meninggal’
Ikhlas,
Amir Azros Abdul Aziz
EWriter Trainer
Waizu.My
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon