Sales Closing adalah aktiviti kita mengunci jualan selepas pelanggan mengatakan minat terhadap sesuatu produk kita.
Aktiviti closing adalah penentu kejayaan kepada bisnes kita. Iaitu, kejayaan membawa masuk duit ke dalam akaun bank kita atau perkara sebaliknya yang berlaku.
Sekiranya kita berjaya mengunci jualan, ini bermaksud kita berjaya membawa keuntungan ke dalam bisnes.
Jika kita gagal dalam mengunci jualan, dengan kata lain, pelanggan tidak membeli produk kita, bisnes kita akan berada dalam keadaan bahaya.
Maksud bahaya di sini adalah keuntungan yang kita perolehi sedikit atau tiada langsung. Jika perkara ini berlaku, takut-takut kita tidak dapat bertahan lama di dalam dunia perniagaan.
Kerana, keuntungan daripada closing tersebut akan kita gunakan untuk membayar kos-kos pemasaran dan operasi.
Tanpa membuang masa lagi, kita pergi ke teknik yang pertama..
Teknik #1 – Muliakan Pelanggan
Perkara
pertama yang perlu kita lakukan adalah memuliakan pelanggan yang sudah berminat
dengan produk kita.
Berikan doakan yang boleh memberi kejayaan di dalam hidup pelanggan kita.
Contohnya:
1) Assalamualaikum Tuan/Cikpuan <nama>
2) Salam Sejahtera Tuan/Cikpuan <nama>
3) Salam Jutawan. Saya doakan Tuan/Cikpuan <nama>
Bahagia, Kaya dan Berjaya.
Apabila
kita mendoakan kejayaan mereka, mereka juga turut mendoakan kejayaan kita.
Sekaligus mempercepatkan jualan produk kita.
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon