Bagaimana Tingkatkan 3 Kali GANDA Jualan Dengan Memaksimumkan Follow-up Mengunci Jualan?
11 cara ini meningkatkan 'closing rate' bisnes anda..!
1. Adly Mokhtar mengandaikan pelanggan yang berminat dengan produk kita, adalah mereka yang menyatakan rasa minat secara langsung atau tidak dengan tawaran produk kita.
2. Bagi pelanggan yang berminat, mereka akan menyatakan minat dengan membalasnya melalui SMS, Whatsapp, Fb Inbox, Call dan sebagainya. Selepas bertanya, pelanggan akan diam seribu bahasa.
3. Secara peribadi, beliau jarang melakukan follow-up kepada pelanggan yang bertanya sahaja. Beliau banyak melayan pertanyaan daripada pelanggan serius sahaja.
4. Tetapi, pada pandangan beliau, tidak dinafikan apabila kita melakukan aktiviti follow-up kepada pelanggan yang berminat, kita telah meningkatkan peratusan ‘closing rate’ bisnes kita. Dalam kata lain, meningkatkan jualan.
5. Persoalannya, berapa kali kita perlu follow-up pelanggan yang menyatakan minat terhadap ptoduk kita?
6. Sehingga kini, beliau masih belum membaca kajian khusus terhadap perkara di atas. Melainkan pendapat peribadi daripada beberapa orang rakan usahawannya.
7. Jadi, cadangan beliau agar kita mengambil inspirasi daripada sunnah Rasulullah S.A.W dalam adab memberi salam ketika bertandang ke rumah orang.
8. Apabila kita berkunjung ke rumah orang, berikan salam sebanyak 3 kali. Jika tiada orang di rumah, kita boleh pulang.
9. Daripada sunnah ini, apa yang boleh kita lakukan adalah melakukan follow-up sebanyak 3 kali (maksimum) kepada pelanggan yang mengatakan minat terhadap produk kita.
10. Selepas 3 kali follow-up, tetapi pelanggan masih berdiam, fokus kepada prospek baru sahaja.
11. Nasihat beliau kepada kita, jangan terlalu berlebihan semasa follow-up pelanggan seperti memaksa mereka supaya membeli produk kita. Bersederhana itu adalah lebih baik.
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon