Mengunci jualan bukan sekadar kita berjaya membuat jualan.
Sebaliknya, banyak faktor yang perlu kita ketahui tentang pelanggan. Apabila
kita sudah kenal dengan pelanggan, mudah sedikit untuk kita mengunci jualan
tanpa memaksa pelanggan membeli produk kita.
==
6 Strategi ini membuatkan anda tahu kemahuan sebenar
pelanggan anda!
==
6 strategi ini saya belajar dengan Adhadi Mohd, pemilik blog
Adhadi.com.
1) Strategi
#1
Sebagai seorang peniaga, kita perlu sentiasa positif dan
kelihatan bersemangat ketika mengunci jualan bersama pelanggan. Apabila kita
sentiasa senyum dan bergembira, pelanggan akan mudah berjangkit dan berasa
seronok juga apabila berurusan dengan kita.
Jika kita amalkan sikap sambil lewa dan sekadar melayan
sahaja, pelanggan akan kurang selesa dan tidak mahu berurusan dengan kita lagi.
2) Strategi
#2
Tahu keperluan pelanggan. Sebagai pemilik produk, kita tidak
boleh sekadar menjual produk syok sendiri. Takut tiada pelanggan yang mahu
membelinya.
Sebaliknya, kita perlu sentiasa bertanya soalan dan mendengar
jawapan daripada pelanggan untuk memenuhi keperluan, kehendak dan kemahuan
mereka. Daripada situ, kita akan mencipta produk yang pelanggan mahu. Bukan
produk yang kita mahu pelanggan beli.
Mungkin kita menjual produk jenis A. Tetapi, keperluan
sebenar pelanggan adalah produk jenis B.
3) Strategi
#3
Kenapa pelanggan perlu membeli produk kita?
Kerana, mereka faham nilai sesuatu produk atau servis kita
dapat menyelesaikan masalah utama mereka. Terangkan nilai sebenar bagaimana
produk kita dapat membantu menambah nilai hidup mereka dan menyelesaikan
masalah yang mereka hadapi sekarang.
4) Strategi
#4
Pelanggan lebih yakin dan percaya membeli dengan orang yang
mereka kenal.
Bagaimana caranya untuk membuat pelanggan berasa yakin dan
selamat untuk berurusan dengan kita? Jangan terus menjual. Sebaliknya, wujudkan
hubungan persahabatan dengan pelanggan. Berkawan dahulu dengan pelanggan.
Cara paling pantas adalah berkongsi maklumat dan membantu
pelanggan secara percuma. Mungkin pada awalnya nampak seperti merugikan.
Sebenarnya, kita sedang membina hubungan yang memberi keuntungan dalam jangka
masa panjang.
Dalam bahasa bisnesnya, membina pembeli setia atau ‘repeat-customer’.
5) Strategi
#5
Selain menjual produk, kita boleh tawarkan nilai yang lebih
kepada pelanggan.
Maksudnya, pelanggan bukan sekadar membeli, tetapi mendapat
lebih faedah daripada pembelian tersebut. Sebagai contoh, apabila membeli
produk kita, mereka mendapat beberapa produk percuma sebagai tambahan kepada
produk utama. Atau, kita berikan bonus kepada pembeli.
Ini meningkatkan lagi keyakinan kepada pelanggan untuk
menerima tawaran yang kita sediakan untuk mereka.
6) Strategi
#6
Tahu tahap ekonomi pelanggan.
Salah satu faktor kenapa ramai pembeli tidak membeli produk
kita adalah kerana faktor kewangan. Bukan semua orang yang mahu selesaikan
masalahnya mempunyai kewangan yang cukup. Jadi, cuba letakkan harga mampu milik
kepada pelanggan agar mereka mampu untuk membeli.
Dalam masa yang sama, kita tidak menanggung rugi. Antara
teknik yang boleh kita gunakan untuk mengatasi masalah kewangan adalah:
a) Guna
strategi ‘Sense of Urgency’
Tawarkan harga yang lebih murah daripada harga asal dalam
kuantiti dan tempoh masa yang terhad.
Sebagai contoh; “Harga diskaun untuk produk ABC ini hanya
SAH untuk 7 orang TERAWAL sahaja! Dan, akan tamat pada 12 April 20XX ini!!”
b) Masukkan
produk utama sebagai produk percuma
Guna strategi tidak mengurangkan harga. Sebaliknya, kita
beri lebih nilai tambah kepada pelanggan.
Sebagai contoh; “Untuk setiap pembelian produk XYZ, anda
berpeluang mendapat produk ABC (asalnya adalah produk utama dan produk
keperluan pelanggan, dimasukkan sebagai produk percuma) yang bernilai RMXXX
secara PERCUMA!!”
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon