Banyak
cara yang boleh kita lakukan untuk mendapat jualan yang banyak melalui
pemasaran online. Antaranya adalah pemasaran Media Sosial.
Leo
Widrich, co-founder untuk Buffer, merupakan seorang penulis untuk blog Buffer.
Beliau banyak menulis post di media sosial, dan ramai pembaca seronok membaca
hasil tulisannya di blog Buffer.
Di
dalam blog www.convinceandconvert.com,
beliau berkongsi kepada kita 9 tip berkesan untuk meningkatkan trafik dan
jualan melalui media sosial.
==
Tip #1 – Kongsi gambar di dalam Twitter.
==
Hasil
kajian yang dibuat oleh Leo Widrich, retweet daripada followers di Twitter
Buffer meningkat sebanyak 150% selepas memasukkan gambar di status Twitter.
==
Tip #2 – Tweets with image received 89%
more favorites – Leo Widrich.
==
Peningkatan
kepada post yang disukai oleh followers Buffer meningkat selepas dimasukkan gambar,
berbanding 11% sahaja melalui post yang tidak mengandungi gambar.
==
Tip #3 – Berkongsi content lebih
daripada sekali.
==
Leo
Widrich berkata, mereka berkongsi artikel blog lebih daripada sekali. Kerana, beberapa
sebab. Antara sebab terbesar mereka berkongsi artikel blog lebih daripada
sekali adalah untuk menarik lebih ramai pembaca melalui zon masa yang
berlainan.
==
Tip
#4 – Trafik meningkat apabila berkongsi lebih daripada sekali.
==
Tujuan
kita berkongsi artikel lebih daripada sekali adalah untuk membawa masuk lebih
ramai pelawat datang dan membaca artikel di blog kita.
Tom
Tunguz ada melakukan eksperimen ke atas blognya. Kesan daripada beliau
berkongsi content yang sama, trafik di blognya meningkat dengan banyak.
==
Tip
#5 – Berkongsi content mengikut zon masa yang berbeza.
==
Guy
Kawasaki mengamalkan content yang sama berulang-ulang kali. Tujuan beliau
membuat begitu adalah untuk menyampaikan content beliau kepada pembaca/pelawat
yang berlainan zon masa.
Beliau
menemui, teknik ini berkesan untuk menambah trafik ke content beliau apabila beliau
tweet di Twitter dengan content yang sama berulang-ulang kali.
==
Tip
#6 – Maksimumkan trafik dan hasilkan jualan dengan berkongsi content mengikut
zon masa yang berbeza.
==
“The
reason for repeated tweets is to maximize traffic and therefore advertising
sales…” – Guy Kawasaki.
Beliau
menambah, setiap tweet yang sama beliau muat naikkan ke Twitter, beliau
mendapat jumlah yang lebih kurang sama untuk setiap klik ke content blog
beliau. Kenapa perlu mendapat 600 pembaca sekiranya kita boleh mendapat 2,400
pembaca, tegas beliau.
==
Tip
#7 – Pembaca mempunyai tabiat sosial mengikut zon masa yang berbeza.
==
Tambah
Guy Kawasaki lagi, manusia hidup di dalam zon masa yang berbeza mengikut tabiat
sosial mereka masing-masing.
Ada yang suka bersosial pada waktu pagi sahaja.
Ada yang suka bersosial pada waktu malam sahaja. Dan, dan suka manusia yang
suka bersosial sepanjang hari.
==
Tip
#8 – Content yang sama boleh pergi kepada pembaca/pelawat baru.
==
Di
Buffer, Leo Widrich menerangkan kenapa mereka masih berkongsi content yang sama
kepada pembacanya. Kerana, isi kandungan artikel mereka masih relevan untuk
dibaca.
Oleh itu, ramai yang mengikuti Buffer untuk membaca content yang
bermanfaat daripada mereka.
Jadi,
walaupun mereka berkongsi content yang lama, pengikut-pengikut (followers)
Buffer ini akan melihat content ini sebagai satu content yang baru. Dalam masa
yang sama, content lama ini sudah sampai kepada pembaca/pelawat baru.
==
Tip
#9 – Tukar tajuk untuk melihat mana satu pembaca lebih suka.
==
Apabila
kita menggunakan teknik untuk mengulangi content yang sama, ambil kesempatan
ini untuk menguji tajuk (Headline) yang berkesan untuk tajuk artikel blog kita.
Setiap kali post content, tukar tajuk untuk melihat mana satu pembaca lebih suka.
"Jika hari-hari saya tiada sales.. 27 teknik ini hasilkan jualan setiap hari!"
1) Berapa ramai sakit-sakit kepala atau pening kepala sebab tiada SALES?
2) Jika anda mengalaminya, kami mahu membantu anda menyelesaikannya. Kerana, kami telah siapkan 27 cara untuk atasi masalah kurang/susah buat sales.
3) Produk ini adalah ebook terbitan Waizu Academy, ebook 27 Cara Hilangkan Pening Kepala Peniaga Baru Susah Buat SALES!
4) JAMINAN, sekiranya masih pening-pening kepala sebab tak dapat buat sales dalam masa 90 hari, boleh minta wang dikembalikan.
5) Berminat? Klik link di sebelah ini --> http://blog.waizu.my/p/ebook-27-cara-hilangkan-pening-kepala.html
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon