Instagram adalah salah satu cabang di dalam pemasaran Media
Sosial (Social Media Marketing).
Seperti media sosial yang lain, cara untuk
mendapat pelanggan berkualiti daripada Instagram adalah dengan berkongsi gambar
atau moment yang menarik bersama dengan pengguna Instagram yang lain.
Selain itu, terdapat 9 cara lain lagi yang boleh kita
lakukan untuk mendapat 1,000 follower berkualiti melalui Instagram:
7 Cara Dapatkan 1,000 Follower Berkualiti Di Instagram
Kim Garst, pakar pemasaran Media Sosial berkongsi dengan
kita, 9 cara mudah untuk mendapat 1,000 follower berkualiti melalui Instagram.
==
Cara #1 – Masukkan Hashtags trend semasa
==
Kim Garst menegaskan, penggunaan Hashtags adalah sangat
penting dalam senjata pemasaran Media Sosial.
“Dalam bahasa mudah, menggunakan Hashtags trend semasa di
Instagram membolehkan lebih ramai pengguna Instagram mengikuti Instagram kita,”
kata Kim Garst.
==
Cara #2 – Gunakan sebanyak mungkin Hashtags
==
Berapa banyak Hashtags yang perlu kita masukkan dalam
Instagram?
Dalam satu kajian yang dibuat oleh TrackMaven, penggunaan
lebih daripada 11++ Hashtags mendapat engagement yang paling tinggi.
==
Cara #3 – Sambung pautan Facebook ke dalam Instagram
==
Jika kita masih belum sambungkan Facebook dengan Instagram,
Kim Garst sarankan kepada kita supaya membuat perkara tersebut.
Kerana, apabila kita dapat menyambungkan Facebook dengan
Instagram, kita boleh melakukan promosi secara bersilang di antara Facebook dengan
Instagram. Di mana, kita boleh kongsikan gambar Instagram bersama fans di
Facebook.
==
Cara #4 – Jangan lupa untuk ‘LIKE’ gambar orang lain
==
Berdasarkan Neil Patel di dalam Quick Sprout, aktiviti
‘LIKE’ gambar orang lain adalah salah satu cara terbaik untuk menambah lebih
ramai follower di Instagram, terang Kim Garst.
Daripada kenyataan di atas, Neil Patel ada membuat kajian.
Daripada 100 gambar yang beliau ‘Like’, beliau mendapat 21.7 likes untuk
gambarnya dan follower bertambah sebanyak 6.1.
==
Cara #5 – Promosikan Instagram Ke Medium Lain
==
Sebarkan profil Instagram kita kepada Facebook fans,
pelawat-pelawat di dalam Blog dan juga subsribers di dalam emel. Gunakan
Instagram badge atau Follow button untuk meminta pengikut-pengikut dan para
subscribers kita untuk follow kita di Instagram.
==
Cara #6 – ‘Embed’ gambar Instagram ke dalam blog
==
Salah satu cara untuk pelawat-pelawat blog atau laman web
kita mengikuti kita di Instagram, adalah dengan cara meng’embed’ gambar
Instagram ke dalam blog atau laman web kita.
Apabila kita sudah ‘embed’ ke dalam blog, nama profil
Instagram kita akan timbul. Jadi, jika laman web atau blog kita itu dikongsi
kepada orang lain, pelawat-pelawat lain akan nampak profil Instagram kita.
==
Cara #7 – Jangan sekadar ‘LIKE’ gambar orang lain, Comment!
==
Cara berkesan yang seterusnya adalah dengan memberi komen di
dalam Instagram orang lain. Tidak salah untuk kita meng’LIKE’ gambar orang
lain. Tetapi, meninggalkan komen yang disukai orang ramai, itu lebih baik.
Kerana, seperti kita sedang berinteraksi dengan pemilik
gambar Instagram tersebut. Ini akan membuatkan pengguna Instagram lain
cenderung untuk berinteraksi dan mengenali diri kita dengan lebih dekat lagi.
Iaitu, dengan mengikuti (follow) kita di Instagram.
Pada 14-16 Julai 2015, Waizu Academy akan membuat Promosi Jualan Sempena Hari Raya.
Pada hari tersebut, anda boleh memiliki 12 ebook bernilai RM227 dalam 1 harga sahaja!:
JIMAT RM197! --> Klik di sini untuk maklumat lanjut..
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon