5 Tip - Bagaimana siapkan kempen pemasaran satu minggu dalam masa 1 hari!


Bagaimana buat kempen pemasaran untuk satu minggu dalam masa 1 hari?

Masih ingat dengan post ini pada 10 Mei 2015 yang lalu:


Pada hari ini, saya mahu berkongsi, bagaimana tim Waizu Academy menyiapkan kempen pemasaran untuk 1 minggu dalam masa 1 hari..

Tip #1 - Pilih medium pemasaran yang mahu promosikan.

Pertama sekali, pilih jenis pemasaran yang kita mahu gunakan sebagai tempat untuk kita mempromosikan produk kita.

Antara medium promosi online yang boleh kita buat adalah:

1) Facebook Marketing
2) Email Marketing
3) Blog Marketing
4) Affiliate Marketing
5) Dan, lain-lain lagi..

Tip #2 - Pilih media yang kita mahu kongsikan kepada pelanggan.

Langkah kedua, pilih bentuk media yang kita mahu sampaikan mesej pemasaran kepada pelanggan.

Media boleh jadi dalam bentuk:

1) Sharing
2) Gambar menarik
3) Artikel
4) Tip
5) Penceritaan

Dan, lain-lain lagi bentuk media.

Tujuannya, adalah untuk memudahkan kita menyiapkan kempen pemasaran untuk 1 minggu.

Tip #3 - Buat jadual seminggu untuk kempen pemasaran kita.

Kenal pasti berapa banyak content yang kita mahu kongsikan dalam masa 7 hari?

Sebagai contoh, medium pemasaran yang kita mahu gunakan adalah Facebook Marketing.

Strategi pemasaran Facebook yang berkesan adalah sekurang-kurangnya update status sebanyak 3 kali setiap hari (minimum).

Jadi, dalam masa 1 minggu, kita perlu sediakan 21 content untuk pemasaran Facebook.

Kemudian, pilih media yang boleh kita gunakan. Sebagai contoh, tim Waizu Academy menggunakan artikel sebagai media pemasaran.

Jadi, dalam masa 1 minggu, sekurang-kurangnya kami berkongsi 3 artikel setiap hari.

Tip #4 - Apabila sudah tahu berapa banyak content yang perlu kita hasilkan untuk kempen pemasaran selama 1 minggu, siapkan content tersebut.

Pilih satu hari dalam masa 1 minggu ini, hari yang kita tidak sibuk. Sebagai contoh, hari minggu (Sabtu atau Ahad) adalah masa yang sesuai untuk menyiapkan content.

Jadi, pilih di antara 2 hari ini, dan siapkan content tersebut.

Tip #5 - Guna aplikasi pemasaran secara automatik.

Jimatkan masa untuk membuat pemasaran dengan melanggan aplikasi seperti Hootsuite untuk membuat kempen pemasaran selama 1 minggu dalam masa 1 hari.

Dengan menggunakan aplikasi seperti Hootsuite, kita boleh menetapkan masa pemasaran untuk content kita keluar setiap hari.

Dengan 5 tip di atas, sebenarnya kita sudah banyak menjimatkan masa untuk membuat pemasaran setiap hari.

Pada hari-hari lain, kita boleh teruskan dengan aktiviti lain pula, seperti memantau jualan atau membuat kempen pemasaran menggunakan medium pemasaran yang lain.

ConversionConversion EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng