3 Perkataan Buat Pelanggan Suka Beli Produk Anda!



Dalam seminar yang dianjurkan oleh Zahrul Azua, beliau menasihatkan seorang peserta supaya tidak menjual bukunya. 

Jawapan ini diberi selepas ditanya soalan bagaimana peserta tersebut boleh menjual bukunya dengan lebih baik. Jawapan tersebut membuatkan peserta beliau terdiam dan terkedu.

Kenapa Zahrul Azua berkata begitu?

==
“Jangan jual produk.. Tetapi jual apa yang ada di dalam produk tersebut..” – Zahrul Azua
==

Dalam perkongsian beliau di blog MajalahNiaga.com, beliau menegaskan pelanggan sebenarnya tidak mahu tahu apa jenama produk kita.

Sebaliknya, pelanggan mahu apa yang ada di dalam jenama produk kita itu.

Maksudnya, pelanggan mahukan produk yang dapat menyelesaikan masalah atau merealisasikan impian dan kehendak mereka.

Oleh itu, setiap produk yang kita mahu pasarkan perlu dibuat kajian pasaran dahulu. Antaranya adalah mengkaji perkataan yang digemari oleh pelanggan berdasarkan produk yang kita jual.

==
3 Perkataan ini – Buat pelanggan membeli tanpa banyak soal!
==

Antara perkataan-perkataan yang pelanggan suka baca dan membeli produk kita adalah:

1) Perkataan #1 – Jual rasa ‘TAKUT’ pelanggan

Secara lazimnya, manusia sering berada di dalam ketakutan.

Takut rumah dicerobohi pencuri, takut diragut, takut kehilangan rumah, takut kemalangan, takut kehilangan dan macam-macam lagi ketakutan yang boleh pelanggan rasai.

Sebab itu, kenapa manusia sanggup mengambil insurans atau takaful kerana mahu menyelesaikan masalah ketakutan ini.

2) Perkataan #2 – Jual rasa ‘MEGAH’ pelanggan

Wanita bekerjaya mempunyai kuasa membeli yang tinggi.

Apabila mereka dapat memiliki beg tangan berjenama yang boleh dibawa ke mana-mana, ia sudah menjadi satu kebanggaan kepada diri wanita tersebut.

Kemegahan ini yang membuatkan pelanggan membeli beg tangan berjenama tersebut.

Mereka berasa bangga apabila melihat ramai yang memerhatinya ketika keluar berjalan-jalan disebabkan beg tangan berjenama tersebut.

3) Perkataan #3 – Jual rasa ‘EMOSI’ pelanggan

Setiap pelanggan mempunyai emosi mereka sendiri. Dalam penghasilan Copywriting yang berkesan, kajian terhadap tindak balas emosi pelanggan dititik-beratkan.

Kajian emosi ini yang menentukan ayat iklan yang kita tulis berjaya dijual ataupun tidak.

Penggunaan ayat yang betul kepada emosi pelanggan yang betul, akan menghasilkan jualan tanpa memaksa pelanggan untuk membelinya.

Kerana ketika membaca ayat iklan tersebut, pelanggan merasakan emosi yang sama berlaku terhadap dirinya.


"Jika hari-hari saya tiada sales.. 27 teknik ini hasilkan jualan setiap hari!"

1) Berapa ramai sakit-sakit kepala atau pening kepala sebab tiada SALES?

2) Jika anda mengalaminya, kami ada jalan penyelesaiannya. Kerana, kami baru siapkan 27 cara untuk atasi masalah kurang/susah buat sales..

3) Produk ini adalah ebook terbaru daripada tim Waizu Academy. Ebook 27 Cara Hilangkan Pening Kepala Peniaga Baru Susah Buat SALES!

4) Jaminan, sekiranya masih pening-pening kepala sebab tak dapat buat sales dalam masa 90 hari, boleh minta wang dikembalikan.

5) Berminat? Klik link di bawah. Ada harga diskaun untuk anda!

Klik di sini -->
 http://blog.waizu.my/p/ebook-27-cara-hilangkan-pening-kepala.html
Previous
Next Post »