Michael Brenner, seorang pemasar
Content, perancang strategi dan pengamal pemasaran media sosial.
Beliau telah
mempelajari di bahagian pengurusan jualan dan menjual selama lebih 20 tahun.
Selama itu, beliau telah menggunakan ‘5 teknik’ ini ketika mengunci jualan.
5 teknik ini diambil daripada blog
www.b2bmarketinginsider.com..
==
Bagaimana mengunci jualan dengan
5 teknik Closing ini?
==
1) Teknik #1 – Mengunci Jualan Dengan Duit Bertambah
Mengunci jualan dengan duit
bertambah berkesan apabila kita berjaya menerangkan impak atau kesan selepas
kita membantu menyelesaikan masalah pelanggan dengan pelaburan yang mereka
keluarkan.
Maksudnya, apabila kita berjaya
meningkatkan angka jualan melebihi pelaburan yang dikeluarkan untuk
menyelesaikan masalah, mudah untuk pelanggan membuat keputusan untuk membeli.
Kerana, pelanggan berasa berbaloi dengan nilai yang mereka dapat selepas
membeli produk kita.
Contohnya, pelanggan membeli
ebook meningkatkan jualan sebanyak RM40 sebuah.
Hasilnya, pelanggan memperoleh
pulangan sebanyak RM4,000 sebulan selepas mempraktikkan ilmu di dalam ebook
tersebut.
2) Teknik #2 – Mengunci Jualan Dengan Tempoh Masa
TERHAD
Teknik ini boleh digunakan semasa
kita dalam pembikinan produk terbaru. Iaitu, kita membuka tempahan awal kepada
pelanggan untuk mendapatkannya dengan harga yang lebih murah dan rendah.
Bukan itu sahaja, kita boleh
hadkan pemberian produk percuma atau bonus dalam tempoh masa tempahan ‘early-bird’
ini.
Nyatakan kepada pelanggan, jika
tidak rebut peluang ini sekarang, mereka terpaksa membeli produk dengan harga
asal dan lebih tinggi serta tidak mendapat bonus atau produk percuma selepas
produk tersebut dilancarkan.
3) Teknik #3 – Mengunci Jualan Dengan Simpati
Simpati adalah salah satu teknik
untuk mengunci jualan juga.
Sebagai contoh, kita mencari
pelanggan yang sesuai untuk anak kucing yang kita promosikan. Skrip simpati
yang boleh kita gunakan adalah:
“Apa kata anda mengambil anak
kucing ini dan dibawa balik ke rumah anda? Jika anda rasa anak kucing ini tidak
sesuai dengan anak, boleh pulangkan anak kucing ini ke sini.”
Biasanya, apabila pelanggan sudah
suka dengan produk yang kita tawarkan, peratusan untuk pelanggan pulangkan
adalah rendah.
4) Teknik #4 – Mengunci Jualan Dengan Visual
Adakalanya, pelanggan sukar untuk
membuat keputusan untuk membeli. Walaupun kita sudah nyatakan kelebihan produk
dalam surat jualan.
Untuk pelanggan jenis ini, kita gunakan teknik mengunci
jualan dengan visual.
Dengan visual ini, pelanggan
lebih mudah faham dengan mesej yang disampaikan oleh pemilik produk.
Penggunaan
gambar dan video yang menarik, membuatkan pelanggan faham dan membuat pembelian
dengan pantas.
5) Teknik #5 – Mengunci Jualan Dengan Termometer
Minat
Dalam teknik mengunci jualan dengan
termometer minat, minta pelanggan untuk memberi tahap minat terhadap produk
kita. Skala minat ini boleh diukur dengan nombor 0 sehingga 10.
Sekiranya pelanggan mengatakan “0”,
itu bermakna pelanggan tidak berminat. Tetapi, jika pelanggan mengatakan “10”, terus
kunci pelanggan untuk membuat pembelian.
Sekiranya skala yang diberi oleh
pelanggan adalah nombor 5 dan ke bawah, tanyakan kepada pelanggan kenapa mereka
memilih untuk skala tersebut.
Daripada jawapan tersebut, kita gunakan untuk
memantapkan mengunci jualan pada masa akan datang.
"Jika hari-hari saya tiada sales.. 27 teknik ini hasilkan jualan setiap hari!"
1) Berapa ramai sakit-sakit kepala atau pening kepala sebab tiada SALES?
2) Jika anda mengalaminya, kami boleh membantu anda menyelesaikannya. Kerana, kami telah siapkan 27 cara untuk atasi masalah kurang/susah buat sales..
3) Produk ini adalah ebook terbaru daripada Waizu Academy, ebook 27 Cara Hilangkan Pening Kepala Peniaga Baru Susah Buat SALES!
4) Jaminan, sekiranya masih pening-pening kepala sebab tak dapat buat sales dalam masa 90 hari, boleh minta wang dikembalikan.
5) Berminat? Boleh buat tempahan di bawah. Anda harga diskaun untuk anda!
Klik di sini --> http://blog.waizu.my/p/ebook-27-cara-hilangkan-pening-kepala.html
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon