Terima
kasih kepada Thomas Metcalf, penulis blog Smallbusiness.chron.com kerana sudi berkongsi
10 teknik berkesan yang boleh digunakan semasa aktiviti closing bersama
pelanggan.
==
10
Teknik – Bagaimana mengunci pelanggan dengan berkesan! (sambungan..)
==
1) Teknik
#6 – Menjawab soalan pelanggan dengan soalan
Sebelum kita menjawab sebarang soalan daripada pelanggan,
ingat tip ini:
“Berhati-hati ketika mahu menjawab soalan pelanggan. Silap
jawapan, kita sentiasa kerugian.”
Sekiranya ada pelanggan yang bertanya soalan sebegini; “Adakah
produk ini didatangi dengan warna merah?”
Jawab soalan pelanggan dengan soalan; “Adakah tuan/cikpuan
suka dengan warna merah?”
Ini memberi peluang kepada kita untuk mengetahui minat
pelanggan. Pelanggan suka jika satu-satu produk tersebut mempunyai ciri yang
mereka minati.
2) Teknik
#7 – Beri masa tamat tempoh
Teknik ini boleh digunakan sekiranya pelanggan mahu berfikir
dahulu. Kita tidak mahu mendesak pelanggan supaya membeli produk kita sekarang.
Tetapi memberi tamat tempoh jika pelanggan masih berminat dengan produk kita
pada masa hadapan.
Skrip untuk teknik ini adalah:
“Saya akan membuat penghantaran cupcake ke kawasan
tuan/cikpuan pada minggu hadapan. Tuan/cikpuan mahu saya hantar sample percuma
ke rumah tuan/cikpuan?”
Peringatan: Jika tamat tempoh itu hanya bersesuaian dengan
diri kita tetapi tidak kepada pelanggan, teknik ini tidak berkesan.
3) Teknik
#8 – “Ada masalah nak beli?”
Kita telah ceritakan kelebihan produk kita boleh
menyelesaikan masalah pelanggan. Dan, pelanggan faham bahawa produk kita boleh
memenuhi keperluannya untuk menyelesaikan masalah. Kunci jualan dengan soalan
bantahan;
“Adakah terdapat sebarang masalah jika tuan/cikpuan membeli
produk kami?”
Teknik ini memberi peluang kepada pelanggan untuk
menceritakan kesulitan yang mereka hadapi sekiranya ada masalah ketika mahu
membuat pembayaran.
4) Teknik
#9 – Adakah anda tidak faham?
Perkara ini boleh berlaku semasa diakhir sesi Closing.
Iaitu, pelanggan meminta masa untuk berfikir dahulu.
Jika teknik #7 kita memberi masa tamat tempoh, teknik #9 ini
kita gunakan pendekatan jualan segera. Iaitu, tidak memberi masa untuk
berfikir, sebaliknya mengunci jualan dengan segera. Buat pelanggan terdiam
dengan skrip ini;
“Beritahu kepada saya. Adakah saya gagal untuk menunjukkan
nilai sebenar yang bakal anda terima selepas membeli produk ini?”
5) Teknik
#10 – Tanpa banyak cakap, jual terus!
Teknik ini kita gunakan apabila kita sudah perasan pelanggan
mula gelisah untuk pergi selepas kita terangkan kelebihan produk kepada mereka.
Kita terus kunci pelanggan dengan skrip ini;
“Jadi, tuan/cikpuan berminat mahu membeli produk kami?”
Gunakan teknik bertanya soalan yang berbentuk Ya atau Tidak
sahaja untuk mendapat persetujuan pelanggan daripada sesi Closing ini. Ya –
mahu membeli produk kita. Tidak – tidak berminat dengan produk kita.
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon