Bagaimana mengikat pelanggan supaya membeli produk anda dengan 10 teknik Sales Closing ini!! (Siri 1)



Teknik closing yang berkesan belum tentu membuatkan kita mendapat jualan. Perkara pertama yang perlu kita selidik adalah bagaimana mengenali keperluan pelanggan (iaitu menyelesaikan masalah). Kemudian, tunjukkan demo atau cara untuk menyelesaikan masalah mereka.

==
10 Teknik – Bagaimana mengunci pelanggan dengan berkesan!
==

Thomas Metcalf, penulis bagi blog Smallbusiness.chron.com berkongsi 10 teknik berkesan yang boleh digunakan semasa aktiviti closing bersama pelanggan.

1)       Teknik #1 – Bertanya pendapat pelanggan

Kita sesi mengunci jualan bersama pelanggan tanya soalan berbentuk pendapat untuk mendapat tindak-balas daripada pelanggan.

Hal ini kerana, jika jawapan yang kita terima itu adalah berbentuk penolakan, kita tidak terkejut sekiranya pelanggan menolak semasa diakhir sales closing.

Pendapat yang kita boleh tanya kepada pelanggan adalah:

“Pada pendapat tuan/cikpuan, adalah produk ini dapat menyelesaikan masalah tuan/cikpuan?”

2)      Teknik #2 – Mengunci jualan buat kali pertama

Biasanya, selepas kita membuat penerangan tentang produk, pelanggan akan bertanya beberapa soalan kepada kita. Antaranya adalah tentang harga, penghantaran atau ciri-ciri tambahan produk tersebut.

Di sini, kita boleh mengunci jualan buat pertama kalinya. Sebelum kita menjawab soalan pelanggan, masukkan skrip berikut:

“Sekiranya produk ini dapat menyelesaikan masalah tuan/cikpuan masa 7 hari dari sekarang, adakah tuan/cikpuan akan membuat pembayaran?”

Sekiranya kita tidak bertanya soalan ini, pelanggan akan berterusan bertanyakan soalan yang lain pula. Risikonya, pelanggan tidak jadi membeli.

3)      Teknik #3 – Andaikan pelanggan berminat dengan produk kita

Teknik ini boleh kita lakukan apabila pelanggan sudah faham dengan produk kita, selepas kita menerangkan bagaimana produk kita dapat membantu menyelesaikan masalah mereka berserta tawaran-tawaran yang menarik sekiranya mereka membeli produk kita.

“Klik di sini untuk menempah --> [Link Pembelian]"

4)      Teknik #4 – Tarik perhatian pelanggan dengan tawaran yang tidak wujud

Mungkin ini kelihatan sekadar gimik sahaja. Tetapi, jika kita gunakannya dengan betul, kita dapat mengunci jualan. Contoh:

“Biasanya saya kenakan caj pendaftaran untuk pelanggan baru. Tetapi, sekiranya tuan/cikpuan membuat pembayaran pada hari ini, saya akan tanggung caj ini dan berikan pendaftaran secara PERCUMA kepada tuan/cikpuan!”

5)      Teknik #5 – Tunjukkan kelebihan dan kelemahan produk

Bagi pelanggan jenis analitikal (suka mengkaji data dan fakta), mereka lebih cenderung untuk membeli selepas kita tunjukkan data sebenar kepadanya. Iaitu, kelebihan-kelebihan produk yang telah berjaya membantu menyelesaikan masalah pelanggan.

Untuk menggunakan teknik ini, banyakkan menunjukkan kelebihan produk kepada pelanggan jenis analitikal.
Previous
Next Post »