Bagaimana membina iklan yang berkesan?




Hari ini, kami mahu kongsikan kepada anda bagaimana membina sebuah iklan yang simple dan mudah, tetapi memberi pulangan kepada anda.

Iklan yang bakal anda bina ini akan meningkatkan respons pelanggan untuk berinteraksi dengan iklan dan dan seterusnya membeli produk anda dengan pantas.

==
3 Formula Bina Iklan Berkesan
==

Untuk membina iklan yang memberi tindak-balas dan respons kepada pelanggan, 3 formula ini sesuai untuk diaplikasikan ketika menulis ayat iklan:

1)      Formula #1 – Cipta TAJUK/Headline Yang Menggiurkan!

Menggiurkan di sini bermaksud tulis apa kehendak pelanggan yang mahu dipenuhinya sekarang. Atau, tulis perkara-perkara yang sedang bermain di dalam fikirannya sekarang.

Sebagai contoh, situasi di dalam sebuah pusat membeli-belah. 

Ahmad (bukan nama sebenar), sedang merayau-rayau di dalam sebuah pusat membeli-belah yang terkenal. Tetiba, Ahmad berhenti di satu kedai pakaian berjenama.

Ahmad mengambil keputusan untuk masuk ke dalam kedai tersebut kerana tertarik dengan tawaran diskaun 75% yang diberikan oleh pihak kedai tersebut.

Dalam masa yang sama, Ahmad memang sedang mencari pakaian berjenama untuk menghadiri jamuan makan malam di universitinya.

Daripada situasi di atas, penggunaan tajuk yang betul dapat memberi respons yang cepat kepada pelanggan. Dalam masa yang lebih ringkas, jualan boleh berlaku.

2)      Formula #2 – Tawaran Yang Tidak Boleh Ditolak!

Beri tawaran kepada pelanggan supaya mereka tidak boleh menolak dengan apa yang kita mahu berikan kepada mereka.

Pelanggan sukakan produk percuma. Jadi, tambah nilai pelanggan dengan memberi produk percuma atau bonus-bonus lain yang dapat digunakan oleh pelanggan pada masa hadapan.

Sebagai contoh (dalam kes Ahmad lagi), pemilik kedai pakaian berjenama tersebut boleh memberi produk percuma kepada Ahmad.

Dengan tawaran, beli 2 baju dapat percuma 1 baju, sudah pasti Ahmad tidak akan menolak tawaran tersebut.

3)      Formula #3 – Mudahkan Cara Membeli!

Untuk meningkatkan potensi pelanggan membeli produk anda, mudahkan pelanggan untuk membuat pembelian. Jangan susahkan pelanggan dengan pelbagai cara pembelian yang merumitkan.

Cara pembelian yang mudah adalah cara pembayaran yang mempunyai 1 langkah sahaja. Paling banyak pun dalam 2-3 langkah pembayaran sahaja.

3 langkah pun sudah banyak untuk pelanggan membuat pembayaran. Sebaiknya, buatkan pelanggan berasa senang dengan anda.

Sediakan paling kurang 1-2 langkah pembayaran yang boleh dibuat oleh pelanggan.


Dan yang paling penting, pastikan cara untuk membuat pembayaran itu jelas tanpa ada syarat-syarat yang terlindung.

>>Jika sekarang anda perlukan duit cepat.. anak sakit, kereta masuk bengkel.. Skrip ini membantu anda menghasilkan RM250-RM600 dalam masa kurang 10 hari!!<<

Hai. Nama saya Shahmi Hasifi.

Co-Founder Waizu Academy yang membantu peniaga baru (kurang daripada 6 bulan) menghasilkan jualan konsisten setiap hari.

Sehingga ke hari ini, kami telah membantu 112+ orang peniaga baru menghasilkan jualan konsisten setiap hari.

Pernah mengalami keadaan:

-anak masuk hospital, perlukan duit
-kereta rosak masuk bengkel, perlukan duit segera
-nak bayar bil elektrik tertunggak, sebab tiga bulan tak bayar

1) Nak pinjam kawan, malu

2) Nak pinjam keluarga, anda sudah berkawin

3) Nak pinjam isteri, anda pun tahu isteri tak cukup duit

Jadi, perkara terbaik dan terpantas yang anda boleh buat adalah dengan membuat duit segera.

1 Skrip Berkesan - Buat jualan segera dengan banyak dan cepat! ini membantu anda:

1) Mendapatkan sekurang-kurangnya 38% - 50% daripada bajet segera yang diperlukan.

2) Dalam keadaan TERDESAK!

3) Dan, dalam jumlah yang banyak.

Skrip ini kami mahu berikan secara PERCUMA!

Tapi, dengan syarat, anda perlu membeli ebook Bagaimana Mengumpul 20,000 Prospek Dalam Masa 2 Tahun ini.

Jika anda berminat, lihat tawaran bonus kami di bawah..

>>BONUS TAMBAHAN<<

1) Ebook bagaimana menjual di Facebook profile.

2) Ebook bagaimana menjual dengan mudah di dalam Facebook group.

3) Ebook asas membuat Facebook Ads.


JAMINAN? Jika anda tidak berpuas hati dengan skrip tersebut dan tidak mendapat apa-apa hasil daripadanya, kami akan memulangkan wang anda dalam masa 90 hari!

PS : Untuk 71 pembeli terawal, kami tambah 4 ebook PERCUMA lagi:

a)     5 Headline Untuk Facebook Ads
b)     4 Headline Memukau Untuk Hasilkan (minimum) 9 Jualan Pertama
c)     3 Cara Baiki Iklan Facebook Ads
d) Kajian Kes: Bagaimana Hasilkan Jualan Pertama Melalui Facebook Ads Walaupun Baru 2 Klik Ke Website Anda Dalam Masa 5 Jam! Conversation rate sebanyak 50%!!
Previous
Next Post »