Adakah kita pernah merasai perasaan sebegini:
1) Kita post status, tapi tiada orang yang nak komen, like dan share.
2) Kita bertanya soalan, tetapi tiada orang jawab.
Jika kita pernah mengalami pengalaman sebegini, 12 cara ini akan mengubah corak penilaian orang lain terhadap post yang kita muat naik nanti.
==
12 Cara Mudah Buat Facebook Friends/Fans Like, Comment & Share Post Kita!
==
Ilmu ini saya terima ketika belajar bersama Kim Garst, seorang perancang strategi media sosial.
Beliau banyak menghasilkan jualan sebanyak 6 angka dengan hanya menggunakan medium media sosial sahaja.
Dan, yang paling menarik, cara yang beliau lakukan kebanyakannya adalah PERCUMA!
1) Kongsi topik hangat yang sedang berlaku sekarang.
Timbulkan isu semasa yang membuatkan orang sentiasa menyebut-nyebut pada masa sekarang.
Cari topik yang ‘hangat’. Dan lihat bagaimana rakan-rakan kita akan komen di status kita.
2) Minta maklum-balas daripada pelanggan.
Tunjukkan kepada pelanggan yang kita sentiasa menjaga pendapat mereka dengan meminta maklum balas daripada pelanggan tentang bisnes atau produk kita.
3) Gunakan permainan dalam media sosial.
Jangan berasa takut untuk berseronok sekali-sekala.
Antara idea untuk menarik minat Facebook fans kita, gunakan permainan dalam media sosial.
Sebagai contoh, terdapat satu mainan yang boleh kita isi benda (seperti bola, duit syiling dan sebagainya) ke dalam satu balang.
Kemudian, postkan gambar mainan tersebut ke Wallpost kita. Minta Facebook fans kita untuk meneka berapa banyak jumlah bilangan dalam balang tersebut.
4) Kongsikan content Facebook fans kita.
Cuba kongsikan post yang menarik daripada Facebook friends atau fans kita.
Ini menunjukkan kita menghargai nilai yang mereka sampaikan. Kesannya, Facebook fans kita berasa seronok untuk Like, Comment atau Share post tersebut.
5) Isikan __________ [tempat kosong].
Posting jenis isi tempat kosong adalah cara terbaik untuk menarik Facebok fans kita supaya komen di bahagian Comment.
Cara ini membenarkan Facebook fans kita menunjukkan kreativiti mereka masing-masing. Di situ juga kita boleh membaca jawapan yang berbentuk humor.
6) Kongsi gambar yang mengandungi quote orang berpengaruh.
Manusia suka dengan kata-kata semangat. Kongsikan post yang mempunyai quote daripada orang berautoriti atau berpengaruh.
Post jenis ini mudah untuk di Share, kerana manusia juga suka berkongsi perkara-perkara positif.
7) Minta Facebook fans kita Like atau Comment post kita.
Minta pandangan Facebook fans kita melalui butang Like dan Comment untuk post yang kita muat naik.
Sebagai contoh; “Jika anda setuju dengan kenyataan di atas, tekan Like.” Atau, “Kongsikan pendapat anda diruangan Comment jika tidak bersetuju dengan kenyataan di atas.”
8) Beritahu pelanggan atau Facebook fans kita, yang kita menghargai mereka!
Beritahu pelanggan atau Facebook fans kita, yang kita betul-betul menghargai mereka kerana membantu kita dalam mengembangkan bisnes.
Apa yang boleh kita sampaikan adalah ucapan terima kasih dan kita menghargai pertolongan mereka.
9) Minta pandangan daripada Facebook fans kita.
Minta pandangan daripada Facebook fans kita tentang masalah yang kita hadapi atau soalan daripada klien kita.
Manusia suka membantu orang lain. Mereka akan komen untuk memberi pandangan dan menyelesaikan masalah tersebut.
10) Post status di waktu kemuncak!
Kaji bila Facebook fans kita selalu masuk ke dalam media sosial, khususnya Facebook.
Apabila kita post status di waktu yang betul (iaitu semasa ramai orang masuk ke dalam Facebook), post kita akan dilihat oleh ramai orang.
11) Gunakan post yang berunsur humor (lawak).
Dengan dimasukkan sedikit unsur lawak ke dalam post kita, kita boleh menaikkan ‘reach’ post di Facebook.
Semua orang sukakan lawak. Jika mereka merasakan post kita itu lawak dan lucu, mereka akan berkongsi dengan orang lain.
12) Jangan lupa update ketika di hujung minggu!
Walaupun kita sedang bercuti di hujung minggu, Facebook fans kita juga mahu tahu apa yang kita selalu ketika bercuti.
Sebabnya, ketika di hujung minggu lebih ramai yang akan berinteraksi kerana berada dalam keadaan relaks dan mahu berhibur.
"Jika hari-hari saya tiada sales.. 27 teknik ini hasilkan jualan setiap hari!"
1) Berapa ramai sakit-sakit kepala atau pening kepala sebab tiada SALES?
2) Jika anda mengalaminya, kami boleh membantu anda menyelesaikannya. Kerana, kami telah siapkan 27 cara untuk atasi masalah kurang/susah buat sales..
3) Produk ini adalah ebook terbaru daripada Waizu Academy, ebook 27 Cara Hilangkan Pening Kepala Peniaga Baru Susah Buat SALES!
4) Jaminan, sekiranya masih pening-pening kepala sebab tak dapat buat sales dalam masa 90 hari, boleh minta wang dikembalikan.
5) Berminat? Boleh buat tempahan di bawah. Anda harga diskaun untuk anda!
Klik di sini --> http://blog.waizu.my/p/ebook-27-cara-hilangkan-pening-kepala.html
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon