7 Teknik Buat Pelanggan Berinteraksi Dengan Post Anda



Untuk mendapatkan Engagement (berapa ramai orang Like, Share & Comment post kita) yang tinggi daripada pelanggan, kita perlu buat orang Like, Comment atau Share post di Facebook kita.

7 teknik ini saya pelajari dengan Kim Garst.

Beliau pemilik kepada blog Kimgarst.com dan seorang usahawan Media Sosial yang menjana 6-7 angka sebulan melalui pemasaran percuma, iaitu Social Media Marketing.

==
7 Teknik – PERCUMA dan hasilkan Like, Comment & Share yang banyak!
==

7 teknik ini kita boleh applikasinya serta-merta kerana mudah dan kita biasa melihatnya.

Bagi pemilik produk dan bisnes, jika mahu pemasaran percuma dan ‘zero cost’, 7 teknik ini sesuai digunakan sebagai senjata pemasaran.

1) Teknik #1 – Cipta post jenis Story-telling

Ceritakan kisah pendek atau berikan satu gambaran situasi. Kemudian, minta Facebook friends/fans kita komen tentang cerita dan situasi kita itu.

Kaedah ini akan membuatkan Facebook friends/fans kita akan berinteraksi di antara satu sama lain.

2) Teknik #2 – Raikan ‘Fan of The Day’

Iaitu, kita meraikan salah seorang Facebook friend/fan kita secara rawak.

Pilih rakan-rakan atau fans kita secara rawak. Kemudian, kongsikan content atau gambar yang menarik daripada friend atau fan kita itu.

Tetapi, sebelum itu minta maklumat diri daripada friend atau fan kita itu dan nyatakan kita mahu berkongsi content atau gambar yang menarik daripadanya.

3) Teknik #3 – Minta undian daripada orang ramai

Minta Facebook friends/fans kita untuk mengundi sesuatu (sama ada ia berkaitan dengan bisnes kita atau perkaran lain).

Cara ini bukan sahaja dapat menarik perhatian untuk orang ramai komen. Tetapi juga, berpotensi mendapat maklum-balas yang positif daripada pelanggan kita.

4) Teknik #4 – Guna pautan URL asal

Jika kita berkongsi link (pautan) bersama Facebook friends/fans kita, guna link url asal. Jangan pendekkannya.

Ini memberi pandangan positif kepada mereka bahawa kita mahu berkongsi sesuatu yang sepatutnya mereka tengok.

Bukan kita pendekkan link URL, tetapi membawa mereka ke laman web yang bukan sepatutnya mereka masuk.

5) Teknik #5 – Tulis status dalam bentuk yang padat

Ketika kita menulis post di Facebook, cuba pendekkan status kita kepada 80-250 patah perkataan sahaja. 

Kerana, status jenis ini lebih mudah mendapat Like, Comment dan Share.

6) Teknik #6 – Berapa banyak kita perlu post dalam sehari?

Untuk teknik ini, lihat kepada Facebook Insight kita. Kaji berapa banyak post yang memberi interaksi yang tinggi kepada kita.

Adakah cukup 3 post sehari, Facebook friends/fans kita akan Like, Comment atau Share post kita?

Atau, kita perlu post sebanyak 6 atau 12 post sehari untuk mendapat Like, Comment dan Share yang tinggi? Kajian ini penting untuk bisnes kita.

Jadi, kaji berapa banyak post yang perlu kita keluarkan untuk mendapat engagement yang tinggi untuk bisnes kita.

7) Teknik #7 – Sentiasa masukkan gambar

Ingat tip ini: “No matter what we are posting, always be sure to include a photo.” – Kim Garst

Kerana, orang ramai suka berinteraksi dengan gambar. Lebih-lebih lagi gambar itu menarik dan mempunyai unsur-unsur humor.


"Jika hari-hari saya tiada sales.. 27 teknik ini hasilkan jualan setiap hari!"


1) Berapa ramai sakit-sakit kepala atau pening kepala sebab tiada SALES?

2) Jika anda mengalaminya, kami boleh membantu anda menyelesaikannya. Kerana, kami telah siapkan 27 cara untuk atasi masalah kurang/susah buat sales..

3) Produk ini adalah ebook terbaru daripada Waizu Academy, ebook 27 Cara Hilangkan Pening Kepala Peniaga Baru Susah Buat SALES!

4) Jaminan, sekiranya masih pening-pening kepala sebab tak dapat buat sales dalam masa 90 hari, boleh minta wang dikembalikan.

5) Berminat? Boleh buat tempahan di bawah. Anda harga diskaun untuk anda!

Previous
Next Post »

ConversionConversion EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng