5 Kelebihan Pemasaran Media Sosial


Pemasaran jenis media sosial dan content adalah pemasaran yang meningkatkan prospek kita secara dramatik.

Cuma, ia menjadi satu cabaran apabila kita tidak pernah menggunakan 2 jenis pemasaran ini.

Oleh itu, penting untuk kita pelajari asas-asas dan kelebihan Pemasaran Media Sosial.

==
5 Kelebihan – Dekati pelanggan dengan lebih dekat melalui media sosial.
==

Susan Gunelius adalah seorang penulis blog untuk www.entrepreneur.com.

Di dalam blog ini, beliau kongsikan 5 kelebihan apabila kita menggunakan pemasaran Media Sosial;

1) Kita lebih mendengar masalah pelanggan

Dalam pemasaran Media Sosial, kita lebih banyak menggunakan deria pendengaran daripada bercakap. Cuba pelajari apa masalah yang dihadapi oleh pelanggan kita.

Ikuti setiap perbincangan yang berlaku di antara pelanggan-pelanggan kita. Daripada situ, kita boleh gunakan sebagai senjata pemasaran.

2) Mendapat pelanggan berkualiti

Dalam pemasaran Media Sosial seperti Facebook, mudah untuk kita mendapat 1,000 pelanggan yang berkualiti dan sentiasa berkongsi dan bercakap tentang content kita kepada rakan-rakan mereka yang lain.

Berbanding, memiliki 10,000 prospek/fans tetapi tidak pernah bercakap tentang content kita selepas “LIKE” Facebook pages kita.

3) Mudah untuk mencari orang yang berpengaruh

Di dalam pemasaran Media Sosial, mudah untuk kita mencari orang yang berautoriti dan berpengaruh.

Nilai ini boleh dilihat melalui berapa banyak friends yang telah ditambah, berapa ramai yang sudah ‘Like” Facebook pagesnya dan berapa banyak Like, Comment dan Share setiap kali dia memuat naik status.

Cuba bina hubungan dengan orang yang berautoriti dan berpengaruh ini.

Apabila kita memuat naik maklumat yang bermanfaat dan orang berautoriti ini suka dengan content kita, dia akan berkongsi bersama pengikutnya.

Ini memberi peluang kepada kita untuk mendapat perhatian daripada pengikut-pengikut orang yang berautoriti ini.

4) Senang menambah nilai orang ramai

Di Facebook, orang tidak suka mendengar kita menjual. Mereka lebih suka bersosial daripada mendengar kita menjual.

Caranya, tambah nilai dalam setiap diri orang yang berada dalam lingkungan pemasaran Media Sosial kita, iaitu friends, fans dan followers.

Cipta content yang menarik dan membina hubungan yang baik di antara mereka semua.

Apabila kita baik dengan orang, mereka akan bercakap di antara satu sama lain. Di sini akan terciptanya pemasaran mulut ke mulut secara tidak langsung.

5) Semua orang adalah kawan kita

Kejayaan terbesar dalam pemasaran Media Sosial adalah membina hubungan sosial sesama manusia.

Jangan cuba abaikan orang yang mahu dekati dengan kita. Anggap mereka sebagai kawan.

Apabila hubungan kita baik, mereka sendiri yang akan mengesyorkan diri kita kepada rakan-rakannya yang lain.

"Jika hari-hari saya tiada sales.. 27 teknik ini hasilkan jualan setiap hari!"


1) Berapa ramai sakit-sakit kepala atau pening kepala sebab tiada SALES?

2) Jika anda mengalaminya, kami boleh membantu anda menyelesaikannya. Kerana, kami telah siapkan 27 cara untuk atasi masalah kurang/susah buat sales..

3) Produk ini adalah ebook terbaru daripada Waizu Academy, ebook 27 Cara Hilangkan Pening Kepala Peniaga Baru Susah Buat SALES!

4) Jaminan, sekiranya masih pening-pening kepala sebab tak dapat buat sales dalam masa 90 hari, boleh minta wang dikembalikan.

5) Berminat? Boleh buat tempahan di bawah. Anda harga diskaun untuk anda!

Previous
Next Post »

ConversionConversion EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng