5 Jenis Post Yang Membuatkan Reach Post Menjadi Tinggi (berapa ramai orang dapat melihat post Facebook kita).. Tanpa perlu guna Facebook Ads!


Kim Garst seorang perancang strategi untuk pemasaran Media Sosial. Kebanyakan kempen pemasarannya adalah percuma.

Salah satu strategi yang beliau gunakan adalah menggunakan 5 jenis post Facebook ini untuk membuatkan orang Like, Comment dan Share post kita.. Tanpa perlu guna sebarang software!

==
5 Post ini – Buat pelanggan anda tidak teragak-agak untuk LIKE, COMMENT dan SHARE!!
==

Kimgarst.com adalah blog miliknya. Sekiranya mahu belajar buat duit melalui Facebook secara PERCUMA.. tanpa guna Facebook Ads..

Saya Berani REKEMEN, blog beliau adalah tempat yang paling sesuai untuk mempelajarinya.

5 jenis post ini juga saya ambil melalui blog beliau:

1)   Minta Facebook friends/fans kita berkongsi gambar


(Kredit gambar: Kimgarst.com)

Cuba umumkan satu tema untuk satu hari yang istimewa. Dan, minta Facebook friends/fans kita post gambar ke Timeline Facebook kita.

Boleh jadi, gambar sesuatu yang lucu, bergambar atau bergaya dengan produk, atau sekadar gambar rawak di antara Facebook friends/fans dengan haiwan peliharaan atau anak-anak mereka (kita sedia maklum, manusia suka berkongsi gambar tentang anak-anaknya atau haiwan peliharaannya).

Kita juga boleh memberi hadiah kepada mereka yang berkongsi gambar yang paling menarik.

Post jenis ini lebih cepat orang berkongsi gambar.

2)   Post disebalik tabir..


(Kredit gambar: Kimgarst.com)

Pelanggan kita (merupakan Facebook friends atau fans kita) seperti manusia biasa yang lain. Mereka mahu tahu apa yang kita buat semasa kerja atau cuti.

Cuba kongsikan gambar di sebalik tabir.

Apa yang kita makan ketika waktu tengah hari. Gambar kita sedang bekerja. Atau, gambar sebelum kita melangsungkan sesuatu event.

Beri pelanggan merasai bisnes kita dengan berkongsi apa yang kita lakukan semasa dalam bisnes.

3)   Rakam video diri kita

Selain memuat naik status berbentuk text dan gambar, apa kata kita memuat naik video ke posting Facebook kita.

Boleh jadi video yang kita buat itu sekadar bertanya pendapat daripada Facebook friends/fans kita.

Manusia suka melihat diri kita yang ‘real’. Dan, mereka berasa seronok untuk berinteraksi dengan post-post kita.

4) Minta pelanggan kita ‘Share’ post kita

Pelanggan (Facebook friends/fans) kita suka kepada kita kerana bersebab. Oleh itu, jangan rasa takut untuk meminta mereka berkongsi (Share) post kita kepada rakan-rakan mereka dari masa ke semasa.

Jika post atau content itu bermanfaat dan menyelesaikan masalah, kenapa tidak pelanggan berasa seronok untuk berkongsi post tersebut kepada rakan-rakan mereka, bukan?

5)   Beritahu pelanggan apa yang mereka perlu lakukan


(Kredit gambar: Kimgarst.com)

Jangan rasa takut untuk memberitahu Facebook friends/fans kita untuk melakukan tindakan yang mereka perlu ambil.

Daripada kita menunggu mereka untuk Like, Comment atau Share, apa kata kita ambil langkah awal dengan memberitahu apa tindakan yang mereka perlu buat.

Contohnya; “Saya suka mendengar pandangan daripada tuan-tuan dan cikpuan. Boleh tinggalkan komen di bawah?”

"Jika hari-hari saya tiada sales.. 27 teknik ini hasilkan jualan setiap hari!"


1) Berapa ramai sakit-sakit kepala atau pening kepala sebab tiada SALES?

2) Jika anda mengalaminya, kami boleh membantu anda menyelesaikannya. Kerana, kami telah siapkan 27 cara untuk atasi masalah kurang/susah buat sales..

3) Produk ini adalah ebook terbaru daripada Waizu Academy, ebook 27 Cara Hilangkan Pening Kepala Peniaga Baru Susah Buat SALES!

4) Jaminan, sekiranya masih pening-pening kepala sebab tak dapat buat sales dalam masa 90 hari, boleh minta wang dikembalikan.

5) Berminat? Boleh buat tempahan di bawah. Anda harga diskaun untuk anda!

Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
5 June 2015 at 11:33 delete

Menarik Tuan. Terima Kasih untuk info

Reply
avatar
Shahmi Hasifi
AUTHOR
17 June 2015 at 16:44 delete

Alhamdulillah. Semoga kami dapat membantu Tuan Ikram meningkatkan jualan melalui Facebook secara percuma. :-)

Reply
avatar
brofami
AUTHOR
27 July 2015 at 07:34 delete

menarik tips yang di kongsikan ni.. kena cuba sendiri baru tau nikmatnya nnti. hehe :-D

Reply
avatar
Shahmi Hasifi
AUTHOR
15 August 2015 at 17:57 delete

Terima kasih Tuan Bro Fahmi. 5 jenis post ini adalah di antara teknik pemasaran Facebook yang percuma. Kiranya, kita tarik prospek yang ramai tanpa perlu guna Facebook Ads. :-)

Reply
avatar

ConversionConversion EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng